








|
|
1001
khasiat kacang
MUNGKIN
tidak ramai daripada kita yang menyangka kacang yang selalu kita makan.
Sewaktu bersantai tersembunyi beberapa khasiat dan merupakan penawar
kepada beberapa jenis penyakit. Ia boleh didapati dengan mudah di
pasaraya dan dijual di pasar-pasar malam. Kacang bukan sahaja digemari
oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Ia selalu dijadikan makanan
pengunyah sewaktu berehat bersama keluarga di hadapan tv. Dan yang lebih
utama harganya yang murah.
Hilangkan tekanan
darah tinggi
Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan
komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua
ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda. Cara-caranya
ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan
air dan minumlah air rebusan tersebut. Satu lagi kaedah rawatan ialah
ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap
pagi amalkan memakan 10 biji sehari.
Insomnia
Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah
berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan
lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di
tempat kerja. Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun
kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan
kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah
dilumatkan tadi.
Mengurangkan
penyakit bronkaitis kronik
Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian
campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan
supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit
gula dan minumlah dua kali sehari.
Hilangkan batuk
akibat asma dan kahak disertai darah
Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan
kesukaran bernafas. Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram
kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air
semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.
Atasi masalah
cacing kerawit
Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh
mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya
diserap oleh tubuh mereka. Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang
segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak
tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur
15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.
Hilangkan
cirit-birit
Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama
sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga
penyakit anda sembuh.
Atasi masalah
kekurangan susu badan
Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah
daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi
masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya. Di
samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji
kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan
tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun
begitu sahaja.
Tambahkan tenaga
akibat muntah berlebihan
Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air
serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.
|
|




|