








|
|
1001 macam khasiat Kurma
Khasiat
buah kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar
perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau
diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya,
buah kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat
Islam.
Pokok kurma yang seakan-akan pokok kelapa, di dapati dari Timur Tengah
dan telah dikomersialkan ke pasaran luar sehingga menjadikan ia terkenal
di seluruh dunia. Buah kurma yang sebesar 1 hingga 2 inci, mampu
memberikan pelbagai khasiat kepada pemakan. Dalam bahasa saintifiknya,
kurma dikenali sebagai Phonex dactylifera. Buahnya dimakan secara mentah
ataupun masak. Terdapat pelbagai jenis kurma seperti deglet noor, halawi,
khadrawi, zahidi,thoor dan medjool. Kurma dari Mekah dan Madinah
dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis dan ia adalah antara yang
terkenal
Kandungan zat anti oksidannya ialah 2 kali ganda daripada yang terdapat
dalam kismis, aprikot kering dan blueberry. Terkenal dengan kandungan
laksatifnya, kurma juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan
C serta mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Khasiat Kurma
Kurma memberikan
tenaga serta merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57
peratus glukosa. Kandungan proteinnya pula lebih kurang 1.8 hingga 2.0
peratus serat dan serat 2.0 hingga 4.0 peratus. Apabila tubuh berasa
segar dan bertenaga ia menghalang kita dari makan berlebihan atau
mengikut nafsu. Kadangkala pada waktu berbuka kita makan terlalu banyak,
tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil
kebanyakan mengandungi karbohidrat. Tanpa tenaga serta-merta ini, akan
menjadikan kita mengantuk.
Potasium
diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf kerana kurma mengandungi
sumber yang mujarab. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak
menyebabkan penimbunan toksid di dalam tubuh. Sebaliknya ia sangat baik
untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, yang
mengalami tekanan, sengal-sengal badan dan juga untuk menguatkan ingatan.
Kurma yang dimakan
tanpa membuang kulitnya boleh mencegah dari masalah barah usus besar
kerana ia melawaskan.
Buah kurma juga
mengandungi khasiat kepada kaum wanita yang sedang nifas iaitu ia
memudahkan proses ketika hendak bersalin
Bagi ibu-ibu yang
mempunyai masalah kekurangan susu boleh memakan buah kurma. Unsur zat
besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma adalah unsur yang
berkhasiat yang dapat menambahkan air susu ibu.
Kurma juga
berperanan dalam tumbesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum
tulang. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, lemak serta gula. Dan, ia
elok untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan
homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh.
Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam
rawatan kaedah Sufism pula, kurma boleh dijadikan sebagai penawar
penyakit
|
|




|