Nukilan Kreatif

koleksi lawak yg x lawak

Story 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa 
nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba 
kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. 
Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana 
berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia 
dalam garaj kereta rumah dia. 

Story 2 
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan 
ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, 
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. 
Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks 
la, aku ni kan anjing laut." 

Story 3 
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk 
menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya 
memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" 
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. 
Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong 
merah tu?" 

Story 4
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang 
beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu 
terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." 
"Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter 
tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas 
Helikopter tu..."