Nukilan Kreatif

Menantu VS Mentua

"Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia 
terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. 
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. 
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah 
habis. 

Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat 
barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... 
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok 
berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul 8...pergi 
kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian 
tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan 
orang politik. 

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu 
tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi 
anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni.. 
Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu... 

Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat.. 
"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... 
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu. 
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh 
Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi...dan lagi.... 

" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..." katanya 
tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa... 
Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak 
makan...hulur lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit... 

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam 
haji tentu tak faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya dapat 
melangkah hingga ke haji.
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...? Merah 
padam muka bapa mertuanya...dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena.... 
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah 
jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi...sekarang ni ada kat mekah 
kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru..