








|
|
Tazkirah
Putaran Masa
Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siap aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala, aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku, aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya....
sampai bila aku akan melambatkan sujudku....
|
|




|