Profail Diri "Lila"

   

 

 

 

  Diri


 

Nama saya Noorlila Ahmad, orang panggil Lila. Tinggal di alamat No. 44, Jalan 3/19, Bangi Perdana, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Punyai suami, anak, emak, abang-abang, kakak, mertua, ipar-ipar dan buat masa sekarang ada 14 anak saudara

 

  Penampilan Punyai muka dan mata yang bulat, agak tembam, suka berpakaian yang ringkas dan selesa

 

 

  Tarikh Lahir
 
Dilahirkan 17 Nov 1971 yang lalu dan berbintang Scorpio


 

  Perwatakan

Manja dan kekadang malas untuk melakukan aktiviti kerja rumah, tidak berapa pandai memasak, tapi bolehlah....untuk makan sendiri dan untuk keluarga sendiri. Suka bersendirian dan agak tak selesa bila berada di tempat yang ramai orang serta sesak sebab mudah rasa rimas. Mudah kasihan, memahami, penyayang, sangat sensitif serta peka dan kekadang agak kasar dan garang namun tegas...hehehehe nak buat macamana..sifat buruk mesti ada kat sesiapa pun.....

 

 

 

  Pekerjaan Sudah hampir 14 tahun bekerja, bermula secara sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM di Lembaga Peperiksaan sebagai "Data Entry Clerk" dan selepas tu... menjadi kerani selama 3 tahun di Mayban Finance dibahagian Perancangan Korporat.. tidak melanjutkan pelajaran atas sebab-sebab sesuatu...huhuhu...<pada masa tu...pujuk hati...satu hari akan ku lanjutkan pelajaran..sabar>. Setelah agak lama di bidang kewangan, berubah angin di System Consultancy Sdn Bhd dan bekerja di bahagian pentadbiran selama 2 tahun. Angin untuk tukar kerja melanda lagi, bekerja di Technology Park Malaysia selama 3 tahun, ditawarkan "junior secretary" dan pada masa itu, mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kesetiausahaan. Berjaya dan terus  mendapat pekerjaan sebagai seorang Setiausaha di Multimedia Development Corporation sehinggalah ke hari ini...sudah hampir 8 tahun bekerja

 
 
  Status Pendidikan Pendidikan bermula Methodist Girl School, selepas tu Sekolah Menengah Sri Sedang dan Pusat Tution Kasturi, Metro College ada akhir sekali, sekarang sedang melanjutkan pelajaran sebagai Pelajar Bac. Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

 
 
  Kegemaran Gemar membaca dan layari internet. Di samping tu suka melancong terutama di pantai. Gemar berenang dan "shopping". Suka berdebat dan berdiskusi mengenai sesuatu isu dan pandangan. Minat mengumpul kata-kata hikmat dan pedoman sebagai perangsang dan motivasi diri. Menonton wayang juga menjadi kegemaran dan mendengar lagu yang mengasyikan dan menenangkan. Warna purple menjadi kegemaran. Suka menyayati puisi dan sajak yang indah yang mana membawa maksud yang tersurat dan tersirat penuh dengan makna yang menyerap kejiwa, hati dan minda
 
 
  Matlamat Ingin terus berjaya dan berusaha mencapai cita-cita.Segala usaha dan pencapaian adalah usaha berterusan dan berkat doa dari suami dan keluarga yang memahami dan tercinta. Terima kasih diucapkan. Moga pengorbanan yang diberikan akan menerima ganjaran yang setimpal dariNYA

 
 
  Lontaran Kata

 

Dalam kehidupan ini, kita akan dapat mendapat keseimbangan di antara kawan sejati dan sebaliknya. Mereka datang dan pergi samada untuk mengubah diri tanpa disedari langsung. Cuma yang memahami akan terus berada di sisi. Jadi berhati-hati. Namun jangan menyesal jika anda gagal menguruskan, sebaliknya cuba di masa akan datang. Akhir sekali, selalu melihat kasih sayang dan cinta itu sebagai yang sesuatu indah dan positif kerana dengan kasih sayang, hormat menghormati dan mengenali diri kita dahulu akan menjadi anda seorang yang lebih baik di masa kini