> :: Nurul@AkademiFantasia.com.my ::
Khamis, Jun 17, 2004 | 12:49.21 EST
 
:: NurulFantasia :: Dikirim 15/6/04 @ 23:42 EST

 

:: Nurul Spesis yang jinak :: Dikirim 17/6/04 @ 22:22 EST

Seperti yang dapat dilihat sendiri oleh penonton, Nurul satu-satunya pelajar Af yang mempunyai karektor yang unik. Nurul suka bersendiri, kelihatan sedi dan suka sangat menangis. Pada mulanya saya tertanya-tanya, apakah Nurul benar-benar mahu menyertai AF-2 ini? Nurul nampak kekok dalam pergaulan dengan pelajar lain, mungkin juga kerana beliau datang nun jauh dari Sarawak, tetapi sepatutnya Nurul boleh berkawan dengan budak-budak Sarawak yang lain. Walau apapun, diharap Nurul tak menangis lagi. Konsert AF yang kedua akan diadakan esok, dan Nurul akan menyampaikan lagu Ke Hujung Dunia nyayian Siti Sarah. Dalam latihan persembahan Nurul kurang memuaskan, oleh itu diharap Nurul terus berusaha untuk mengelak dari disingkirkan tapi yang pasti, walau apapun keputusan pada malam sabtu itu, Nurul PASTI akan menangis kerana dia sensitif sangat. Nurul pasti menangis untuk pelajar-pelajar lain yang disingkirkan (kalau betul pelajar-pelajar lain yang kena singkir). Harap penyingkiran Nurul TIDAK dilakukan oleh "orang dalam". Biarkan sahaja peminat yang menentukan semua ini. Lagipun, Nurul memang berbakat dalam nyanyian dan sayang kalau bakatnya dipersia-siakan.

 

:: Diari AF 1 :: Dikirim 17/6/04 @ 22:32 EST

Pelajar-pelajar AF2 akan mengikuti pengajian maksimum selama 3 bulan di banglo tiga tingkat Kajang Country Heights, Sungai Ramal yang telah melalui proses pengubahsuaian sebanyak lebih RM200,000.

Dari pemerhatian awal Anakmuar, banglo pelajar AF2 yang telah mengambil masa sebulan untuk pengubahsuaian ini agak berbeza dari dulu. Ia lebih berkonsepkan terbuka tanpa sekatan antara bahagian-bahagian tertentu, kecuali beberapa tempat sensitif. Warna kuning dan biru menjadi penghias utama banglo ini.

Kesemua kemudahan yang ada di situ dilihat bertaraf lima bintang dengan perabot mewah yang ditaja khas. Beruntung pelajar-pelajar ini. Terdapat juga ikan belaan di kolam hadapan pintu banglo yang menambahkan keindahannya.

Menurut Rafidah Othman yang merupakan salah seorang pereka set AF2 disamping Faizal Zulkifli, konsep kali ini lebih simple tanpa serabut. Betul ke? Rafidah dan Faizal Zulkifli merupakan pakar dalam soal susunan perabot, pilihan warna, perhiasan dan reka letak.

Krew AF2 menjalankan operasi mereka di tingkat paling bawah dimana ia menempatkan bilik audio dan visual yang akan merakamkan pelbagai kejadian dan aktiviti yang berlaku sepanjang pelajar ini berada di asrama itu melalui 14 buah kamera bersembunyi di sekitar Akademi kecuali di tingkat atas asrama dan di kamar mandi.

Sementara di tingkat bawah terletaknya kelas tarian dan seni persembahan, kelas vokal dan bilik pengetua AF2, Ramli MS.

Bilik asrama lelaki, wanita dan tiga ruang rehat pula terdapat di tingkat atas. Walaupun asrama lelaki dan asrama perempuan terletak di tingkat yang sama, ia dipisahkan oleh dinding dan terkunci rapi. Kedua-dua asrama lelaki dan perempuan menggunakan pintu serta tangga keluar dan masuk yang berasingan sementara tingkap-tingkap dipasang jeriji dan dilapisi skrin lutsinar. Tahap keselamatan di Akademi telah diiktiraf oleh pihak Bomba dan empat pengawal keselamatan akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan para pelajar.

Dalam Diari AF hari pertama bahagian 1, penonton dihidangkan dengan majlis suai-kenal telah diadakan di waktu pagi di antara pelajar dan tenaga pengajar serta memperkenalkan kepada mereka apa itu AF dan kemudahan yang disediakan untuk mereka.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan Pengetua AF yang baru, Ramli MS yang memberi nasihat awal kepada para peserta. Mereka semua kemudiannya dibawa melawat Bilik Latihan Menyanyi yang akan dikendalikan oleh Cikgu Siti dan Encik Adnan. Bilik ini kelihatan agak kecil dan sempit sebab terlalu banyak kerusi. Kenapa bilik ini terlalu sempit? Tentu pihak Astro mempunyai alasannya yang tersendiri.

Tempat kedua dalam jadual 'Lawatan Sambil Belajar' ini ialah dewan tarian dan drama. Di sini semua aktiviti tarian yang dikendalikan oleh Cikgu Linda dan Corrie, serta aktiviti drama oleh Cikgu Fauziah Nawi akan diadakan. Untuk studio ini secara fizikalnya lebih besar dari yang lama.

Tempat ketiga yang ditunjukkan ialah Bilik Pengetua yang merupakan 'bilik maut' bagi para pelajar itu. Maklumlah Ramli MS itu garang orangnya. Beliau berkata sebarang masalah atau pencegahan masalah harus melalui kounselor dahulu sebelum diambil alih oleh beliau.

Peserta juga ditunjukkan ruang makan yang akan sentiasa dikunjungi mereka serta ruang membasuh pinggan. Kecilnya tempat basuh pinggan. Hanya satu sinki ke?

Peserta kemudian diminta membuat tanda nama diri mereka sendiri secara kreatif, bagi memudahkan pengundi SMS mengundi mereka. Mereka hanya perlu memakainya untuk seminggu aje. Ini kira macam promo untuk mereka.

Kemudiannya Penasihat AF2, Puan Fatimah meminta mereka memejamkan mata dan memikirkan sejenak kenapa mereka berada di AF.

 


:: Menu ::

:: Berita Terkini ::

(::) Undilah Nurul (::)
Untuk menghantar undian, tekskan AFUNDI(ruang)(nama gelaran pelajar) dan hantar ke 32999. Contoh
AFUNDI(ruang)NURUL


Hantar ke:
 
:: Undilah Nurul :: Seorang gadis yang manja, kadangkala mengada-ngada, penuh berbakat, seorang yang pemalu namun kaya dengan budi bahasa...:: Undilah Nurul ::
All Content © 2004 by CampusStudent
Designed By CampusStudent for Nurul