SAHABAT KOMUNITI MALAYSIA
 

SAHABAT KOMUNITI MALAYSIA

 
 

Laman Utama

ISU-ISU PENTING

AKTIVITI SAHABAT KOMUNITI

SUARA PEJUANG
VOICE OF
ACTIVISM

ANTI AMERICAN
CAPITALISM
IMPERIALISM

SIMPATI!

SOKONGAN!

BOIKOT!

 

RUJUKAN
REFERENCES

MAKLUMBALAS
FEEDBACK

eMail
pejuangmuda
@yahoo.com

Beri sumbangan idea & aktiviti anda

Contribute your ideas & activities


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

"Kebenaran adalah bumi, keberanian adalah cakerawala, dan Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"

"A true Revolutionary is inspired by great feeling of Love"

"I love my people, I really do; as much as I hate the Opressors"

From WebMaster :: Green Awareness in Malaysia
(www.oocities.org/ Hill/Lobby/1046)  Year 1997*

SEMOGA TAHUN 2005 AKAN MEMBERI KEBEBASAN, KEADILAN, DAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT, INSYA ALLAH
Kemaskini (Updated): 1 Januari 2005
Google search: Malaysia - Community, Environment, Nature, Economy, Society, Human rights, Politics, Social Justice

Wawasan & Matlamat SAHABAT KOMUNITI adalah

  • Memelihara dan melindungi Komuniti Tradisional, Sumber Alam semulajadi yang menjadi sumber rezeki Komuniti, Kebudayaan dan Tata-cara hidup masyarakat yang baik
  • Menentang ancaman terhadap Komuniti, kemusnahan sumber alam, gejala sosial dan anasir-anasir perosak anti-sosial (seperti penjualan arak, perjudian, pelacuran, penindasan, rampasan tanah, pembolotan komersil)
  • Mencadangkan langkah-langkah membendung Pemiskinan (Impoverishment) dan masalah kemiskinan (Poverty) yang berlaku akibat pembangunan pincang (Destructive development) dan penganiayaan pihak berkuasa
  •  Pribumi Sarawak mengadakan sekatan jalan (blockade) bagi menghalang pembalakan haram di kawasan tanah hak milik mereka (Sahabat Alam Malaysia).
    Jika hutan sekeliling habis ditebang, sumber alam pupus, maka akan pupus juga sumber kehidupan mereka - adakah anda lebih suka melihat komuniti ini kebuluran atau merempat di tanahair sendiri?

     Pribumi (Orang Asli Semenanjung Malaysia).
    Bagaimanakah nasib mereka dalam menghadapi pembangunan kapitalis yang tidak mengenal erti belas ihsan? Adakah kerajaan dan masyarakat bandar bersikap adil terhadap mereka, atau mereka dilihat sebagai tidak patut menghuni hutan rimba dan tidak boleh meneruskan kehidupan dengan cara mereka yang bergantung pada alam ciptaan Ilahi? Kenapa hak-hak tanah dan hasil bumi mereka dinafikan?

     Komuniti pesawah padi.
    Rata-rata pesawah padi hidup dalam kemiskinan sedangkan korporat pengilang dan pengimport beras kaya-raya. Beras adalah makanan utama penduduk Malaysia, jadi penswastaan industri beras tempatan & pengimportan beras memberi keuntungan berjuta-juta ringgit, tapi tidak kepada pesawah padi. Jika peladang kelapa sawit boleh hidup senang, kenapa pesawah padi dimiskinkan, malah kerapkali teraniaya. Ingatlah pada tragedi Kerpan, Kedah - sawah padi yang subur habis disodok dan dirampas oleh pihak yang tamak rakus.

     Komuniti Nelayan pantai tradisional.
    Di Pulau Pinang, pencemaran akibat bahan buangan kilang, kumbahan bandar, dan penebangan paya bakau merosakkan ekosistem muara sungai dan laut yang menyebabkan kemerosotan tangkapan ikan, keracunan kerang dan lokan, dan menjejaskan penternakan ikan dan kerang.
    Penggunaan PUKAT TUNDA oleh tauke-tauke besar pula merosakkan habitat ikan dan mengaut bersih ikan-ikan, menjahanamkan pukat nelayan kecil, lalu menjejaskan hasil tangkapan nelayan kecil tradisional.
    Rata-rata nelayan dihimpit kemiskinan - adakah anda pernah berfikir ikan yang dimakan di restoran mewah datangnya dari mana? Tidakkah anda rasa zalim membiarkan para nelayan hidup sukar dan anak-anak mereka kelaparan? Adakah anda fikir nelayan patut tinggalkan laut dan pukat untuk memperhambakan diri di kilang-kilang industri yang telah mencemarkan lautan?

     Seorang tukang pembuat perahu sedang tekun menghasilkan karyanya yang akan digunakan untuk meraih rezeki di sungai.
    (Taman Negara Pahang)
    Ketukangan tradisional dan industri kampung bersumberkan alam adalah nadi kehidupan masyarakat desa.
    Kepupusan ilmu pertukangan, kemahiran dan industri kampung serta kemerosotan sumber alam juga bermakna akan pupuslah komuniti desa dan kebudayaan turun-temurun.

     Pelancong menaiki bot menikmati keindahan alam di Taman Negara Pahang.
    Industri eko-pelancongan (eco-tourism) menjadi sumber rezeki penting ramai penduduk tempatan. Peluang industri pelancongan berasaskan alam semulajadi dikuasai oleh syarikat asing. Di Taman Negara Pahang sahaja terdapat EMPAT Hotel bertaraf 5-bintang yang dimiliki oleh korporat (Mutiara? Rainforest?). Adakah komuniti tempatan hanya layak jadi `bellboy' atau `waiter' dan tidak dibenarkan memiliki dan menguruskan eko-pelancongan di tanahair sendiri? Bagaimana pula nasib orang asli suku Bateq yang tidak boleh mengeluarkan sumber hutan atau bercucuk-tanam?

     Pulau-pulau dan pantai yang indah.
    Komuniti Melayu penduduk asal pulau-pulau di Tioman, Langkawi, Redang, Sibu, dan kawasan pantai peranginan di Cherating, Kemaman:

  • Tanahair mereka diancam `pengkomersilan' - dibeli dengan harga murah atau diambil dengan paksa, kampung-kampung tradisional terpinggir menjadi `setinggan', manakala pembangunan hotel & resort mewah dimiliki syarikat asing
  • Tioman - kemusnahan ekosistem terumbu karang oleh pembinaan jeti pelancongan, pembinaan lapangan terbang baru dan projek Zon Bebas Cukai, cadangan pembukaan KASINO oleh Berjaya Hotel
  • Langkawi - penduduk tempatan makin terpinggir malah ada yang hidup daif
  • Lambakan arak dan dadah - penagihan oleh golongan belia Melayu, pergaulan bebas, keruntuhan akhlak yang berleluasa

       Kaum Bumiputra `kelas bawahan' semakin terpinggir dan dieksploitasi, menerima layanan yang tidak adil dan diperlekehkan. Kenapa golongan elit Cina dan bangsa asing semakin berani bersikap `kurang ajar'? Kenapa parti politik UMNO berperangai talam dua muka dan menjadi pak pandir - menang sorak tanah tergadai? Kenapa kaum Bumiputra semakin terhakis hak-hak mereka? Adakah Malaysia telah pun dikuasai golongan elit bangsa asing?

     

    ISU PENTING

  • KEADILAN MASYARAKAT, HAK ASASI MANUSIA (Social Justice, Human Rights)
    Kezaliman pihak berkuasa & korporat - Perlanggaran Hak Asasi (Human Rights violations)
    Dinafikan hak-hak asasi manusia dan kebebasan, hak bersuara, berpersatuan
    Pembunuhan, penculikan, `orang hilang', pelarian, `Genocide', `massacre'
    Kes: Pelarian Rohingya, Aceh, Melayu Pattani, Moro, Bosnia, Chechnya, Kurdish;
    Pribumi (Indigenous Peoples) - Aboriginies Australia, Amerika Syarikat - Hawaii, Navajo, Cherokee, pribumi di rimba Amazon, Eskimo, Norway, Taiwan, Jepun (kaum Ainu), Tibet
    Malaysia - orang asli Semenanjung, pribumi Sarawak & Sabah - Bajau Laut, Iban
    Sekatan dan penindasan terhadap komuniti dan aktivisme, parti pembangkang
    Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act) - akta zalim digunakan
    Tragedi Memali - pembunuhan orang awam (komuniti Kg Memali Kedah)

  • MASALAH KEMISKINAN & PEMISKINAN SISTEMIK (Poverty and Systemic Impoverishment)
    Kedaifan, ketidakcukupan - pendapatan tidak dapat menampung kos sara hidup yang semakin tinggi - Inflasi - peningkatan harga barang makanan & keperluan
    Kesihatan merosot akibat pemakanan kurang berzat
    Tidak mendapat tanah (Landlessness)
    Sistem Mandiri (Resilience, Self sufficiency, self reliance) merosot
    Bergantung pada satu sumber komoditi - contoh: getah, padi, tembakau, tebu, kelapa, sawit - harga komoditi jatuh teruk
    Kos pertanian meningkat - baja, racun, mesin, upah pekerja - makin mahal
    Pendapatan makin merosot dalam banyak sektor pertanian untuk eksport
    Pencarian rezeki ALTERNATIF yang terhad, disekat, dilarang
    Peluang pekerjaan yang boleh menyara hidup dan keluarga - gaji & upah sangat rendah
    Kes: Pulau Pinang - pekerjaan kilang ramai pekerja asing dengan gaji murah
    Sukar menjalankan perniagaan kecil-kecilan, gerai tepi jalan dirobohkan

  • PEMBANGUNAN PINCANG (Destructive Development) - Pemodenan, pengindustrian, pengkomersilan, pembaratan, Setinggan (slums & ghettoes), penempatan semula, pengasingan (isolation & exclusion), Perumahan tidak selamat & selesa - Banjir, masalah bekalan air & elektrik, pengangkutan awam, perumahan merbahaya, retak, runtuh
    Kes: perumahan flat Indera Mahkota, Kuantan - terpaksa pindah keluar

    Dinafikan Hak Tanah & Perumahan
    Janda Baik - tanah diceroboh orang asing; orang tempatan tidak dapat hakmilik tanah untuk pertanian dan perumahan generasi baru
    Pekerja ladang Guthrie - dihalau keluar, tidak mendapat penempatan dan pekerjaan baru

  • PENGANIAYAAN
    Rampasan tanah - diambil secara paksa dan dihalau keluar
    Kemusnahan alam - pembalakan haram, pencemaran
    `Eviction', `enclosure', pembolotan
    PENSWASTAAN & PENGKORPOROTAN SEKTOR PENTING - Beras, air, perumahan, pendidikan, pengangkutan awam, Kesihatan, Hospital
    PENINDASAN PEKERJA (Exploitation)
    Perdagangan tidak adil (unfair trade) - pesawah padi, penoreh getah, hasil hutan, ikan - harga tidak setimpal, kos penghasilan tinggi
    Penyelewengan pihak berkuasa
    Riba' (Usury) - Ceti (money lenders), Bank, Badan Kewangan - mengenakan riba' yang zalim dan sengaja merampas rumah dan tanah cagaran

  • KEPUPUSAN
    Keluarga, Komuniti, Inisiatif akar-umbi (grass-root initiatives), semangat kekitaan & tolong-menolong, kerjasama, belas kasihan, kemanusiaan, nilai-nilai murni, kekeluargaan, persaudaraan
    Kepupusan penghidupan berkomuniti (Communal living) - pribumi, desa, kampung - perumahan teres, banglo, rumah pangsa yang tidak mesra-komuniti

    Kemahiran pertukangan dan industri desa (cottage industry)
    Jati Diri, Kebudayaan, Bahasa ibunda, Identiti, Adat Resam dan Upacara
    Sistem pendidikan dalam komuniti tradisi
    Perolehan rezeki (kepupusan sumber alam)
    Keanekaan spesis (plant varieties) - padi, durian, herba, buah, bunga, lebah madu
    Kesihatan dan perubatan tradisional, perbidanan

  • KEMEROSOTAN PERNIAGAAN & INDUSTRI KECIL TEMPATAN
    PEMBUKAAN PUSAT BELI-BELAH & PASARAYA BESAR (Tesco, Carrefour, Store, Wal-Mart) mengancam kedai runcit kecil dan perniagaan tradisi, menyingkiran produk keluaran tempatan & tradisional, menekan pembekal (suppliers) dengan harga beli yang rendah

    JENAMA ASING - Cafe (Starbucks), Kedai buku, Pakaian, Perabot (Ikea), Keperluan runcit (7-11), Restoran, makanan segera (KFC, McDonalds, Kenny Rogers, Burger King)

    LAMBAKAN BARANG IMPORT - Beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ikan, ubat-ubatan, kosmetik, perkakas rumah, perabot, pakaian
    - Mengancam perusahaan kecil dan industrri tempatan

  • KEMUSNAHAN ALAM & ANCAMAN PADA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
    Pencemaran udara, air, bunyi bising
    Pencemaran alam - tanah, sungai, paya, pantai, laut, terumbu karang, hutan, ekosistem tempatan
    Pembinaan bangunan komersil, jalanraya, lebuhraya, lombong, kuari, kilang, empangan, industri, hotel, jeti, pelabuhan, lapangan terbang, pusat bandar - mengganggu dan menjejaskan komuniti tempatan
    Kes: PORR - projek lebuhraya lingkaran Pulau Pinang; empangan Pedu, Kedah, empangan Bakun, Sarawak, pembalakan hutan simpan
    Pencemaran pada tanaman, ternakan, tangkapan, makanan, tubuh badan
    Penggunaan racun serangga (pesticides) dan bahan kimia toksik
    Penyakit akibat bahan kimia dan jangkitan
    Lambakan sampah-sarap bandar dan bahan buangan industri (wastes)
    Kemusnahan alam & pertanian yang teruk (Environmental & Agriculture Collapse):
    Akibat - penggunaan racun kimia, teknologi, mesin, perubahan iklim, `salinization', pembalakan, penggurunan (desertification), pengairan (irrigation)
    Kes: Tasik Chini - pembiakan bakteria - air tercemar, kepupusan ikan, penyakit

    Bencana alam - komuniti miskin paling teruk mengalami kemusnahan, kematian, kerugian - banjir, gempa bumi, ribut taufan, kebakaran

    Kes: Tsunami yang menyusuli gempa bumi pada 26 Disember 2004 - pihak kerajaan tidak berbuat apa-apa langkah keselamatan & `evacuation' sedangkan mereka mempunyai peralatan canggih dan Pelan Keselamatan Awam Menghadapi Bencana Alam (atau mungkin tidak pernah wujud sebelum ini?) - sedangkan rakyat dan harta-benda mereka boleh diselamatkan jika kerajaan mempunyai polisi yang tepat

  • KERUNTUHAN AKHLAK
    Penagihan arak dan dadah, perjudian, pelacuran, pondan, homoseks, pesta seks
    Pusat-pusat maksiat dan pelacuran beroperasi
    Kemasukan budaya & nilai asing lalu meminggirkan budaya & nilai murni tradisi
    Kemerosotan pegangan agama (di kalangan komuniti Muslim)
    Memandang rendah pencinta & pengamal agama dan akhlak mulia
    Lemah Jati Diri, rendah diri, kejahilan
    Kemungkaran, ajaran sesat, gerakan murtad di kalangan umat Islam
    Budaya boros dan berpoya-poya
    Keganasan rumah tangga (domestic violence), penderaan kanak-kanak
    Jenayah rompakan, samun, pecah rumah, kecurian semakin berleluasa
    `Sumbang mahram' (incest), kejadian rogol & bunuh semakin menjadi-jadi
    Konflik, Permusuhan, Perkauman, Gangsterisme
    (Kes: pergaduhan di Kg Medan PJ)

  • PENDIDIKAN - keciciran dan buta huruf, sekolah daif;
    Nilai-nilai murni dan kemasyarakatan yang mengalami kemerosotan dan pertentangan dengan ancaman anti-sosial dan anti-Islam
    Contoh tauladan yang buruk ditunjukkan kepada generasi muda
    Pembaratan, Sekularisasi - matlamat dan isi mata pelajaran sebegitu
    Meminggirkan Bahasa Melayu, bahasa ibunda, budaya, nilai murni & positif

  • Undang-undang Tanah - masih mengekalkan perundangan penjajah British!
    Sistem percukaian zalim, status tanah diubah, tanah dibolot oleh korporat & orang asing
    Kes: tanah tinggi Genting, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Putrajaya
    SPEKULASI TANAH
    Konflik antara sistem kapitalis dan sistem tradisi (Undang-undang Adat, Anak Negeri) di mana sistem kapitalis menafikan hak pribumi dan menguntungkan kapitalis (syarikat pembalakan, perlombongan, golongan elit, korporat)


  • PERUMAHAN & PEMBANGUNAN - Anti Komuniti: tidak menyediakan keselamatan dan keselesaan yang cukup, kawasan rekreasi dan hijau, tempat ibadat, balai raya, sekolah; kedudukan atau reka-bentuk yang tidak sesuai
    Sempit, sesak, kotor, bising, merbahaya
    Kewujudan pusat-pusat hiburan berhampiran masjid dan rumah Kes: Masjid Bangsar

  • PERTUBUHAN / NGOs / BADAN SUKARELAWAN / BADAN-BADAN UNITED NATIONS (Unicef, FAO, WHO dll)
    JABATAN KERAJAAN (KEBAJIKAN MASYARAKAT, JHEOA, PERANCANG KELUARGA, KESIHATAN)

    Menjalankan projek & program bersikap anti-komuniti, anti-manusia:
    Kes: Parks without People - menghalau keluar komuniti yang telah lama bergantung pada kawasan dan sumber alam yang hendak digazetkan

    Berkomunikasi menggunakan bahasa asing, termasuk istilah, konsep, dan penyelesaian yang tidak difahami. Contoh: `cost & benefits', `Islam Hadhari'

    Tidak langsung menghormati keagamaan dan kepercayaan komuniti

    Menghina ilmu pengetahuan dan kaedah tradisi (vernacular knowledges & skills) dan menggunakan teknologi dan kaedah sains yang tidak sesuai langsung dengan situasi khusus
    Kes: penggunaan racun kimia, mesin menuai, benih dan baja kimia, petrol
    Program Makanan - membekalkan makanan import yang kurang berzat, menggalakkan penanaman makanan yang tidak sesuai dengan iklim dan tanah-tanih tempatan, melarang tanaman dan ternakan sara diri

    Berpihak kepada kerajaan, korporat, atau badan pembiaya & penaja swasta
    Kes: UNICEF - mendapat penajaan dari McDonalds! Menggalakkan makanan segera (McDonalds) yang tak berkhasiat dan mahal, malah boleh menjejaskan kesihatan terutama kanak-kanak

    Kes: Kempen memerangi AIDS - menggalakkan zina - memberi kondom percuma yang ditaja, malah menggalakkan pelacuran (prostitution) dan pondan
    Pelacuran digalakkan sebagai `industri seks', pelacur sebagai `pekerja seks'

    Mempunyai ideologi, dogma, kepercayaan yang bersifat perkauman (racist) dan jumud (uninformed), anti-agama, anti-tradisi, pro-Barat, pro-sekular, pro-komersial, teknokratik

    Contoh: Punca kemiskinan & kemusnahan alam adalah kerana `overpopulation', maka populasi kaum etnik minoriti & pribumi dikawal secara paksa
    Contoh: Punca kemiskinan di kalangan petani adalah kerana menjalankan pertanian sara diri (kurang teknologi Barat - baja, benih, pengairan, penuaian, pemasaran) - maka projek perladangan `industrial agriculture' dijalankan secara besar-besaran untuk tanaman eksport `monoculture' (bukan makanan atau memenuhi keperluan domestik)
    Lihat
    POVERTY & HUNGER : 12 MYTHS    THE MYTH OF WESTERN SUPERIORITY
    WHOSE COMMON FUTURE? Reclaiming the Commons
    Kes:
    Program Kawalan Populasi (Population Control) - memaksa rakyat menggunakan alat pencegah kehamilan (birth control device) yang merbahaya dan mendatangkan penyakit
    memaksakan program kawalan populasi ke atas sesuatu kaum etnik minoriti

    Program Kesihatan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan farmaseutikal yang dikilang dan mahal, manakala memandang rendah keupayaan perubatan tradisional menggunakan herba tumbuhan dan kaedah rawatan alternatif (homeopati, akupunktur, urutan) yang menggalakkan kesihatan menyeluruh (holistik)

    Tidak peduli punca sebenar masalah kemiskinan, kepincangan sosial
    (Unconcerned & oblivious about root causes of the problems)


    Kes: Program Penempatan Semula kaum pribumi - kawasan & tanah `dikosongkan' bagi badan korporat & kerajaan menjalankan perlombongan, penggalian petroleum, pembinaan bangunan atau empangan - komuniti dipaksa pindah ke kawasan penempatan yang sesak, tiada prasarana, menjejaskan pencarian rezeki mereka - kesengsaraan hidup, penyakit, ketagih arak (alcoholisme), pergaduhan

    Bersubahat dengan penjajah dan menjalankan agenda Imperialisme
    Kes: misionari Kristian memurtadkan orang Islam dengan janji diberi bantuan
    Sukarelawan di Iraq membantu pencerobohan Amerika (memberi maklumat perisikan, memberi bantuan dengan syarat tidak menentang Amerika)

  • PIHAK BERKUASA / KERAJAAN / PARTI POLITIK / PEMIMPIN KOMUNITI / PEMIMPIN KAMPUNG & KEJIRANAN / KOPERASI / SWASTA DAN KORPORAT
    - Anti Demokrasi, anti sosial, anti komuuniti, anti keluarga, anti Islam

    - Dasar-dasar pembangunan kerajaan yang pro-kapitalis dan pro-industri eksport- kurang menggalakkan pertanian & perusahaan berasaskan komuniti & mesra alam, perusahaan menghasilkan makanan asasi dan keperluan penting; sebaliknya banyak tanah pertanian dijadikan kawasan kilang atau tanaman komoditi eksport (bukan makanan keperluan), sedangkan Malaysia terpaksa bergantung pada import beras, daging, input pertanian

    Contoh: pesawah padi, penanam sayur, penternak - semakin tertekan
    Di Taiwan, petani memprotes import beras murah yang mengancam pendapatan mereka

    - Hutang luar negara yang semakin besar,, dibayar dengan keringat rakyat - pertumbuhan eksport yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman (interest on debt);

    - INFLASI - Kenaikan harga barang makanaan dan keperluan asas yang menjadi semakin mahal, manakala pendapatan purata rakyat rendah dan semakin ramai berada di bawah paras kemiskinan; kos sara hidup yang tinggi adalah sangat membimbangkan

    - Agenda & program menggalakkan Kejahilaan, Kelalian (Apathy), Ketaksuban, Ketakutan (Ignorance, apathetic, greedy, fear, cowardice) - disebarkan melalui organ parti BN, suratkhabar, majalah, TV, radio, kempen, iklan, program & ceramah

    - Menyekat & melarang program dan inisiaatif bermanfaat seperti: kuliah agama, bengkel & seminar, kesatuan sekerja, persatuan penduduk, bantahan dan rayuan
    - Ketidakpedulian - tiada inisiatif atauu program bermanfaat
    - Pembaziran - menjalankan program tidakk bermanfaat, galak maksiat- pertandingan karaoke, ratu cantik, motorsikal besar, lumba kereta, konsert dangdut

    - Pengabaian - contoh: kerajaan Pulau Piinang - abaikan aspek kebersihan & keselesaan rakyat, isu kemiskinan Bumiputra dan kebanjiran pendatang asing
    - KHIANAT, Bohong, Aniaya, penipuan, perrmusuhan
    - Menggertak dan mengancam rakyat bawahaaan - diugut dengan pelbagai cara
    - Menangkap aktivis dan menekan gerakan komuniti
    Kes: Allahyarham Hamid Tuah - gerakan petani menuntut hak tanah di Selangor
    Gerakan jemaah Islam yang menyertai parti pembangkang

    - Memperlekehkan Ulama', pemimpin komuniiti, aktivis, individu - mereka yang tidak sehaluan dengan status-quo atau golongan elit
    - Perlakuan dan akhlak buruk & hipokrit diamalkan dan disanjung
    Kes: Pemimpin UMNO kaki arak dan zina, makan rasuah
    -Golongan elit memperoleh habuan lumayann - lesen balak dan saham judi,
    mendapat tanah-tanah `spekulasi' (beli sangat murah, jual pada nilai tinggi),
    mendapat tanah pertanian, pelancongan, kawasan eksklusif

    - Perkauman, chauvinisme, `Agenda tersemmbunyi'
    - Projek pembangunan yang merugikan atauu menindas rakyat
    Kes: Kerajaan Gerakan/MCA bersikap anti-Melayu, secara sistematik menghalau orang Melayu daripada menduduki Pulau Pinang!
    Manakala di Kuala Lumpur, kerajaan hendak membolot tanah Melayu di Kg Baru, Keramat, Kerinci

    - Bersubahat dengan samseng kongsi gelapp (Gangsterisme) - parti MCA & MIC
    - Rasuah, penyelewengan, menafikan hak, memeras hasil (extortion)
    Kes: skandal Maika Holdings - MIC & Samy Vellu - menipu pelabur kaum India
    - Pengagihan hasil, saham, keuntungan, pperuntukan, dana, pampasan (compensation) - secara tak adil & aniaya
    Kes: PPRT, Felda (kes peneroka Sendayan), Felcra
    Tabung Haji - kehilangan wang simpanan akibat penyelewengan pihak atasan
    Kerpan, Bakun
    Ketua rumah panjang (longhouse) pribumi Sarawak - menyebelahi pembalakan

  • Isu Tanah Rezab Melayu - tergadai oleh kerajaan UMNO/BN

  • Isu Tanah Waqaf - tergadai oleh kerajaan UMNO/BN





    Sahabat Komuniti berhasrat menjalankan usaha memelihara dan membina Komuniti tempatan di desa pedalaman dan bandar yang mempunyai ciri-ciri Kendiri (Self-reliance), memiliki sistem ekonomi dan industri lestari & mesra alam (sustainable development and environmentally sound economy), samada pertanian, nelayan, industri kampung dalam pembuatan makanan, pertukangan, perubatan dan kraftangan; mengekalkan budaya positif dan mendaulatkan Islam (bagi komuniti Melayu) dalam kehidupan bermasyarakat.

    Amatlah diharapkan Komuniti seperti ini akan terus dipupuk dan dipelihara selaras dengan wawasan kemajuan lestari dan kesejahteraan masyarakat walaupun berhadapan dengan kuasa dan pengaruh globalisasi dan arus kemodenan yang hanya meruntuhkan dan menimbulkan kebejatan sosial...

     KOMUNITI DI SELURUH MALAYSIA 

  •  

    RANGKAIAN KOMUNITI DAN PERTUBUHAN PEMBELA SELURUH DUNIA