Bendi
(Sumber: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia)
(Disediakan oleh Ah-Q)

Pendahuluan
Bendi (Hibiscus esculentus) adalah sayur berbuah yang disukai ramai. Terdapat dua jenis iaitu tempatan dan luar negeri. Jenis-jenis ini adalah dibahagikan kepada jenis rendah, sederhana dan tinggi.

TANAH
Tanaman ini boleh hidup di semua jenis tanah seperti tanah-tanah gembur berpasir, lumpur lanar Iembah sungai, liat dan gambut cetek. Tanah-tanah ini mesti mempunyai saliran baik dan pH di antara 6.0-6.8. Jika pH tanahnya kurang, tambahkan sehanyak satu tan metrik kapur G.M.L. untuk 0.4 hektar (seekar) kawasan.

PENANAMAN

Menyedia Tanah
Bajak dan gembur tanah sedalam 15 -22 sm (6 -9 mci). Sediakan batas berukuran 122 sm (48 inci) lebar dan 22 -30 sm (9 -12 inci) tinggi. Jarak antara batas ialah 45 sm (18 inci).

Menanam
Rendam biji benih selama 12 jam. Kemudian tanam biji terus ke atas batas dengan kadar 2 biji selubang setelah digauhkan biji dengan racun seperti Thiram. Jarak tanaman adalah berbeza-beza mengikut jenis yang ditanam. Jarak yang disyorkan ialah 45 sm (18 inci) antara pokok dan 60 sm (24 inci) antara barisan. Apabiha anak benih cambah setinggi Iebih kurang 5 sm (2 inci), buangkan pokok yang kurang subur dan tinggalkan hanya satu pokok bagi setiap lubang. Sebanyak 2 kg (4 -5 paun) biji benih diperlukan untuk 0.4 hektar (seekar) kawasan.

PENJAGAAN

Membaja
Pokok bendi memerlukan banyak baja. Bagi tanah yang tiada bahan organan, tabur baja tahi ayam sebanyak 7 tan metrik bagi tiap-tiap 0.4 hektar, di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Baja kimia boleh juga digunakan tetapi kadar pembajaan bergantung kepada jenis dan keadaan tanah. Tabur baja kimia ini di antara tiap-tiap dua pokok. Sebagai panduan, syor-syor berikut boleh digunakan:-

Waktu Membaja
Jenis Baja

Kadar
Sepokok

Keperluan
0.4 Hektar
(Seekar)

Ketika menanam
NPK Blue
Spec/al
(12:12:17:2)

18-23 g

160-210 kg
Sebulan selepas menanam Urea
Muriateof
Potash

3 g
3 g

30 kg
30 kg
Tanaman ratun pertama (112 han selepas menanam) Urea
Muriateof
Potash

3 g
3 g

30 kg
30 kg
Tanamanratun kedua (195 han selepas menanam) Urea
Muriateof
Potash

3 g
3 g

30 kg
30 kg


Menyiram
Siram 2 kali sehari terutama di peringkat pokok sedang membesar.

Merumput
Kawal rumput rampai apabila perlu.

Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami atau daun-daun kering bagi mengawal pertumbuhan rumpai dan memelihara tanah.

Memangkas dan Meratun
Pangkas pokok selepas semua buah-buah dipungut iáitu Iebih kurang 15 minggu selepas menanam. Potong dahan utama dan sisi Iebih kurang 0.5-0.6 m (1 1/2~2 kaki) dan paras tanah supaya dapat mengeluarkan buah sekali lagi dan tanaman ratun pertama dan kedua.

MUSUH DAN PENYAKIT

Musuh

Musuh Kerosakan  Kawalan 
Ulat Lipat Daun(Sylepta derogata) Larvanya merosakkan daun dengan meng-gulung dan memakan bahagian dalam daun. Kutip dan musnah semua daun yang diserang. Sembur dengan racun serangga seperti Sevin atau Trichiorphon pada kadar 0.1% bahan aktif.
Ulat Pengorek Buah (Earias fabia) Larvanya mengorek masuk dan merosak bunga, buah dan pucuk. Buah yang diserang akan terbantut dan berubah bentuk.  Kutip dan tanam semua buah yang diserang atau gugur. Sembur racun serangga seperti Basudin dengan kadar 0.1% bahan aktif setiap minggu. 
Kepinding Buah (Dysdercus cingulatus)   Dewasanya menyedut cecair dan buah.   Sembur dengan racun seperti Sevin atau Gamma BHC dengan kadar 0.1% bahan aktif.

Ulat Lipat Daun (Sylepta derogata)


Ulat Pengorek Buah (Earias fabia)


Kepinding Buah (Dysdercus cingulatus)  

Penyakit

Penyakit Kerosakan  Kawalan 
Bintik Dau n (Cercospora malayensis) Kulat yang menyebabkan penyakit ini menyerang bahagian daun. Akibatnya terdapat tompok-tompok bulat kecil, membesar men-jadi merah atau ungu. Jika serangan teruk, daun bertukar menjadi kuning dan gugur. Sembur jika perlu dengan racun kulat seperti Benlate, selang dua minggu sekali pada kadar
0.03% bahan aktif.
Daun Lapuk (Cercospora hibisci) Penyakit ini disebabkan oleh kulat yang menyerang daun-daun tua yang terdapat di pangkal pokok. Kelihatan tompok-tompok kelabu atau berjelaga memenuhi bahagian bawah serta seluruh permukaan daun. Sembur jika perlu dengan racun kulat seperti Benlate dengan kadar 0.03% bahan aktif, setiap 7-10 hari.

Kedua-dua penyakit ini tidak begitu merbahaya.


MEMUNGUT HASIL
Hasil boleh mula dikutip 8 minggu selepas menanam. Petik buah 2 han sekali selama 7 minggu. Petik buah sewaktu ianya masih lembut dan belum berpulur. Hasil ialah antara 5,445 kg bagi 0.4 hektar (90 pikul seekar) daripada tanaman pertama; 3,933 kg bagi 0.4 hektar (65 pikul seekar) daripada tanaman ratun pertama; 1,5145 kg bagi 0.4 hektar (25 pikul seekar) danipada tanaman ratun kedua.