PENDAHULUAN Kacang tanah di tanam berleluasa di Kelantan, Trengganu dan Perak. Kegunaannya ialah untuk membuat minyak/minyak masak, majerin, sabun, makanan ternakan, kacang goreng dan juga kuih-muih/biskut. JENIS Jenis-jenis yang disyorkan ialah V12, Tempatan 29,47-5, Sungai Siput (Chemara) dan Matjam. TANAH Tanah pasir ringan dan gembur yang mengandungi bahan organik serta mempunyai pH5.0-6.5 adalah sesuai. CARA-CARA MENANAM Menyediakan Tanah Bajak tanah dua kali, dan gemburkan sedalam 23sm (9 inci). Buatkan batas di kawasan air bertakung. Sekiranya tanah masam/asid, taburkan kapur dengan kadar 1/2 - 1 tan seekar sebulan sebelum menanam.
Menanam Rendam biji yang telah dipilih selama 5 minit dengan racun kulat seperti Benlate, Tersan 75 atau Captan, dengan kadar 85-142 gm (3-5 aun)/100 biji. Kemudian tanam 1-2 biji selubang sedalam 2.Ssm (1 inci) dalam tanah/batas. Gunakan jarak tanaman 31sm (12 inci) antara barisan dan 23sm (9 inci) antara pokok. Keperluan biji benih seekar ialah 30-32kg (60- 70 paun).
PENJAGAAN Merumput Lakukan kerja-kerja merumput 3-4 minggu sekali sebanyak 3 kali. Membaja Kadar baja yang diperlukan adalah bergantung kepada keadaan dan jenis tanah. Gunakan baja pertama (basal dressing) mengandungi 13.6kg (30 paun) N sehari sebelum menanam; 4.5-6.8kg (10-15 paun) P205 dan 4.5-6.8kg (10-15 paun) K20, empat minggu selepas menanam bagi seekar. MUSUH DAN PENYAKIT
MEMUNGUT HASIL Hasil boleh dipungut 100-105 hari selepas menanam, apabila daun menjadi kuning dan boleh dijual 1-2 hari selepas dipungut. Anggaran hasil ialah 3.0-3.7 metrik tan sehektar (20-25 pikul seekar).
KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN/ SEEKAR (0.4 HEKTAR)