MUSUH KACANG TANAH
(Rujukan: Jabatan Pertanian)
(Disusun oleh Ah-Q)


PENDAHULUAN

Masakini terdapat 28 jenis serangga musuh kacang tanah di Malaysia Barat. Tetapi hanya sebilangan kecil yang merbahaya kepada tanaman tersebut. Serangga-serangga ini biasanya menyerang bahagian-bahagian pokok tertentu seperti daun, batang, buah (lenggai), biji benih atau akar.

Serangga-serangga utama tanaman kacang tanah ialah:-

ULAT LOMBONG DAUN (Stomopteryx subsecivella Zell)

Ulat ini pada mulanya membuat ruang-ruang di antara paras kulit dan kemudian menganyam beberapa helai daun untuk dijadikan sarang. Ia memakan daun dan membesar di dalam sarang itu.

Ulat ini berwarna kelabu dengan bintik-bintik hitam dan panjangnya 4mm. Edaran hidupnya memakan masa lebih kurang sebulan. Kerosakan selalunya berlaku di musim kemarau.


Kawalan Cara Kimia
Sembur dengan racun serangga seperti endo-sulfan dan monocrotophos 3-4 minggu sekali selepas menanam.

ULAT PEMAKAN DAUN

Ulat pemakan daun, Prodenia litura (F) dan Heliothis armigera (Hb). Ulat yang kedua itu boleh juga menyerang tanaman jagong. Ulat-ulat berwarna hijau menjadi perang apabila dewasa.

Kawalan
Sembur dengan racun serangga carbaryl.

Cara Pertanian
Amalkan tanaman giliran lain bukan dan jenis kekacang.

ULAT MERANGKUM DAUN (Lamprosema diemenalis Guen.)

Kupu-kupu membiak di pokok-pokok kacang termasuk kekacang penutup bumi.

Ulatnya berwarna hijau muda, berkepala perang dan berukuran 20mm. Ia mengulung daun dan membesar di dalamnya. Ia mengambil masa Iebih kurang lima minggu untuk menjadi dewasa.


Kawalan
Serangan ulat ini boleh dikawal dengan semburan racun kimia carbaryl dan fenitrothion.


ULAT PENEBUK LENGGAI

Etiella spp. membiak pada beberapa jenis kekacang, tanaman penutup bumi dan rumpai. Ulat yang berukuran 15mm mempunyai badan hijau serta bintik-bintik kemerahan di sebelah atas belakangnya. Ulat ini merosakkan kacang tanah dengan menebuk ke dalam putik Ienggai serta memakan isinya.