TERONG
(Rujukan: Jabatan Pertanian)
(Disusun oleh Ah-Q)

PENDAHULUAN

Terong (Solanum melongena) adalah sayuran berbuah yang berbentuk bulat atau panjang dan berwarna hijau, ungu atau putih. Pokoknya rimbun dan tinggi lebih kurang 0.6-0.9m. Jenis tempatan yang popular adalah seperti hitam bulat, ungu panjang dan putih bulat (hock chiew).

TANAH

Tanaman ini hidup subur di tanah yang kaya dengan bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan pH di antara 6.0-7.6. Tanah gembur halus adalah sesuai untuk tanaman ini.

PENANAMAN

Benih diperolehi dari buah yang cukup masak. Sebanyak 85g benih diperlukan untuk 0.4 hektar. Semaian boleh dibuat terus ke atas batas atau menggunakan kotak semaian. Untuk kotak semaian gunakan baja seperti Nitrophoska Green (NPK -15:15:15) dengan kadar 7g baja bagi l000c.c. tanah. Sebanyak 21g baja diperlukan untuk kotak yang berukuran 75sm panjang, 45sm lebar dan l0sm tinggi. Jarak tanaman dalam kotak semaian ialah 5sm antara biji dan 1 sm dalam.

Menyedia Tanah
Bajak dan gemburkan tanah sehingga 15 -22sm dalam. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar dan 22 - 3Osm tinggi. Panjang sesuatu batas bergantung kepada keadaan. Jarak antara batas ialah 45sm.

Menanam
Anak benih yang berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, siram dahulu anak benih supaya akarnya tidak rosak. Jarak tanaman yang sesuai ialah 45sm antara pokok, 60 sm antara baris.

Menyiram
Siram air sebanyak 1 -2 kali sehari bergantung kepada cuaca. Biasanya siram di sebelah pagi dan tengahari, tidak di sebelah petang. Ini adalah untuk mengelakkan tanaman dari mengalami Iecuh.

Membaja
Tabur baja seperti Nitrophoska Green (NPK -15:15:15) di sekeliling pokok dengan kadar 7g sepokok 10 hari sekali. Baja organan seperti tahi ayam boleh digunakan di samping baja kimia. Kadar pembajaan ml bergantung kepada jenis dan kesuburan tanah.

Sebagai panduan, gunakan syor seperti berikut:

Sungkupan
Gunakan bahan sungkupan daripada rumput-rumput kering atau kelapa. Sungkupan ini akan melindung semaian beberapa hari selepas diubah.

Merumput
Bersihkan batas-batas daripada rumput-rumpai.

MUSUH DAN PENYAKIT





MEMUNGUT HASIL

Buah terong boleh dipetik lebih kurang 9 minggu selepas mengubah. Petik setiap 4 hari sekali dalam masa 3 - 5 bulan. Anggaran hasil yang dipungut ialah 6.1 tan metrik (100 pikul) seekar.