Ubi keledek (Ipomoea batatas) berasal dan Tropikal Amerika. Ubi keledek yang matang mengandungi lebih kurang 50-80% air, 10-40% kanji, 1-2.5% protin, 2-6% lemak dan kandungan zat gulanya ialah di antara 0.5-6%. Penanam-penanam di negara mi kebanyakannya menanam jenis ubi berwarna kuning dan putih. Di kawasan-kawasan padi semusim seperti di Melaka ada petani-petani mengamalkan menanam ubi keledek di luar musim. JENIS-JENIS Jenis-jenis yang mengeluarkan hasil tinggi ialah Bukit Naga, Empat Bulan, White Baby, Large White, CH-1, Serdang dan Centennial. Keledek yang banyak ditanam ialah jenis Bukit Naga.
PENANAMAN Penyediaan Tanah Ubi keledek sesuai ditanam di tanah yang gembur, iaitu lom berpasir (sandy loam) dan mempunyai saliran baik. Sekiranya tempat bertakung air, ubi akan cepat menjadi busuk kerana terendam.
Persediaan Bahan Tanaman Ubi keledek ditanam dengan menggunakan keratan batang. Keratan untuk dijadikan benih diambil daripada pokok yang subur, tiada penyakit atau mempunyai tanda-tanda serangan musuh. Pilih keratan di pucuk pokok (apical part) kerana ianya akan mengeluarkan banyak ubi. Ambil keratan sepanjang 30 cm untuk dijadikan benih.
Menanam Keratan-keratan yang telah siap disediakan, ditanam dengan seberapa cepat supaya ia tidak layu. Keratan ditanam hampir mendatar dengan meninggalkan 5 cm bahagian 'pucuk' di atas permukaan tanah. Jarak penanaman ialah 25 cm dalam barisan. Menanam keledek elok dilakukan pada permulaan musim hujan. Jika tidak, adalah dicadangkan untuk mengadakan sistem pengairan. Masa yang sesuai untuk menanam keratan ialah pada pagi hari dengan cuaca yang kurang panas. PENJAGAAN Membaja Kadar yang disyorkan untuk tanaman keledek ialah 35 kg N, 25 kg P2O5 dan 70 kg K2O sehektar. Baja yang diperlukan ialah 331 kg Ammonium Sulphate, 188 kg Triple Superphosphate dan 283 kg Muriate of Potash sehektar. Merumput Mengawal rumpai sangat perlu dilakukan dalam masa dua bulan pertama atau sehingga julur tanaman menutupi batas. Musuh Serangga yang merbahaya ialah kumbang ubi keledek (Cylas formicarius). Kumbang-kumbang dewasa biasanya mengorek ubi untuk bertelur. Ada juga yang mengorek batang julur dan menyekat tumbesaran pokok. Ulat kumbang ini mengorek ubi dan batang serta memakannya. Ini akan merendahkan mutu isi keledek. Ubi-ubi yang kena serangan kumbang ini berbau dan berasa pahit menjadikannya tidak sesuai untuk dimakan.
Pengawalan kumbang boleh dibuat seperti berikut:- Bersihkan kawasan dengan membakar segala sampah sarap dan sisa-sisa tanaman ubi keledek yang telah diserang kumbang Cylas formicarius. Amalkan tanaman giliran dengan lain-lain tanaman semusim seperti padi, tembakau, jagong, kacang tanah, sayur-sayuran dan lain-Lain. Gunakan keratan yang tiada tanda-tanda serangan untuk benih. Sembur dengan menggunakan heptachlor dengan kadar 0.1% bahan aktif dengan membasahkan keseluruhan tanah di sekeliling batang. Sekiranya ada tanda-tanda kerosakan, teruskan semburan selang dua minggu sekali.
Satu lagi serangan ialah pengorek batang Omphisa anastomosalls Guen. Gunakan carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif disembur selang dua minggu sekali setelah terdapat tanda-tanda kerosakan.
Memungut Hasil Lebih kurang 4 bulan selepas menanam hasilnya boleh dipungut. Julur dipotong dan diletakkan ke sebelah. Selepas itu gali dengan cangkul atau 'spading fork'. Tanah yang melekat kepada ubi dibuang dan ubi diasingkan mengikut ukuran. Ubi-ubi yang ada tanda-tanda serangan musuh atau penyakit dibuang.
Anggaran hasil yang boleh diperolehi ialah 10- 15 tan metrik/ha.
ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEHEKTAR (Tanpa kos buruh keluarga)