GANO FAMILY FUND (KHAIRAT KEMATIAN)

 
   
                             
                             
 

Gano Family Fund (GFF) atau Khairat Kematian ditubuhkan atas dasar kasih sayang dan tolong menolong sesama pengedar Gano Excel (GE).

Sekiranya berlaku kematian dikalangan pengedar GE, melalui GFF ini, setiap ahli GE bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada ahli keluarga atau pewaris sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terakhir kepada ahli GE yang meninggal dunia melalui potongan bonus bulanan. Diharapkan dengan sumbangan melalui GFF ini akan meningkatkan rasa kasih sayang, tolong menolong sesama sekeluarga GE serta meringankan beban ahli keluarga atau pewaris.

Walaupun hanya sumbangan kecil diberikan, tetapi dengan kerjasama semua ahli, kita dapat menghulurkan sumbangan yang memadai untuk pewaris si mati. Marilah bersama-sama berganding bahu membina komuniti rakan niaga yang penyanyang, prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

 
                             
  JUMLAH SUMBANGAN
  1. Setiap pengedar akan menyumbang sebanyak RM1.00 manakala pengedar yang berpangkat Pengurus dan ke atas akan menyumbangkan sebanyak RM3.00 sahaja bagi setiap kematian pengedar GE yang layak.
     

  2. Sumbangan maksimum bagi satu bulan adalah 5 kematian. Ini bermakna jumlah sumbangan maksimum bagi pengedar adalah RM5.00 sahaja dan Pengurus ke atas sebanyak RM15.00 sahaja untuk setiap bulan.
     

  3. Sumbangan akan dibuat melalui potongan bonus bulanan setiap pengedar GE yang aktif.
     

  4. Jumlah sumbangan tersebutakan diserahkan kepada pewaris atau penama seperti yang tercatit dalam Borang Permohonan Pengedar si mati.

Sehingga kini ahli GE yang berdaftar telah melebihi 250,000 orang. Katakan ada 1 kematian pada bulan tersebut dan ahli GE yang aktif adalah 15,000 orang, terdiri daripada 10,000 pengedar dan 5,000 Pengurus dan ke atas.

Jumlah sumbangan yang bakal diperolehi, seperti di bawah:

 
                             
    10,000 orang x RM1.00 =

RM10,000.00

       
    5,000 orang x RM3.00 =

RM15,000.00

       
                             
      Jumlah sumbangan adalah
RM25,000.00
         
                             
 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Program ini terbuka kepada semua pengedar GE seluruh Malaysia dengan mengekalkan Jualan Peribadi minima 85PPV selama 12 bulan berturut-turut.
     

  • Sumbangan ini akan hanya diberikan untuk pengedar GE yang meninggal dunia di atas sebab kematian semulajadi, akibat penyakit yang disahkan oleh pakar perubatan yang berkelayakan dan kemalangan sahaja. Kematian kerana membunuh diri, penyertaan aktiviti berisiko tinggi, bencana alam, kegiatan haram, percanggahan dengan undang-undang atau jenayah tidak layak menerima sumbangan.
     

  • Syarikat akan hanya mengeluarkan sumbangan ini kepada pewaris selepas menerima pengesahan laporan dan Sijil Kematian pengedar GE yang meninggal dunia dan keputusannya serta kelulusan akan dibuat oleh pihak syarikat.
     

  • Apabila berlaku kematian, pewaris hendaklah menyerahkan notis bertulis serta dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh dua minggu atau 14 hari dari tarikh kematian ahli berkenaan.
     

  • Keputusan yang dibuat oleh pihak syarikat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dicabar oleh mana-mana pihak.

 
                             
 

Urusan boleh dibuat secara pos
Pesanan & Pertanyaan, sila HP/SMS: 013-4369666, Email: penawar44@yahoo.com.my

 
                             
                       

Menu Utama