Saudara Pengarang,
SAYA merasa terpanggil untuk mengulas tentang
isu yuran sekolah yang mahal yang dikemukakan
oleh beberapa orang penulis dalam ruangan ini.
Di sini
saya tidak mahu mengulas panjang, memadailah
saya turunkan beberapa perkara yang perlu kita
fikirkan bersama.
Sesuatu
isu itu sebenarnya perlu kita selidiki daripada
perspektif yang luas dan berfikiran rasional.
Secara
purata sekolah mengenakan yuran sekitar RM50
- RM150 setiap awal tahun sesi persekolahan
dibuka.
Bagi yang
benar-benar tidak berkemampuan memanglah ia
membebankan jika mempunyai tiga, empat orang
anak di sekolah.
Namun
daripada pengalaman saya, tidak kurang juga
ibu bapa yang bekerja dan lebih daripada mampu
tetapi bersungut tentang yuran sekolah mahal.
Tetapi yang peliknya mereka mampu memiliki kereta
model-model terbaru dan boleh membayar langganan
bulanan Astro.
Mereka
boleh membayar ansuran kereta sejumlah RM500
- RM900 sebulan dan mampu pula melanggan Astro
serendah-rendah bayaran sebanyak RM50 sebulan.
Tetapi apabila tiba masa untuk membayar yuran
sekolah yang hanya sekitar RM100 setahun mereka
mengeluh.
Adakah
ini bermakna ibu bapa mempunyai mentaliti mementingkan
kebendaan daripada pendidikan anak-anak atau
adakah mereka memikirkan pendidikan haruslah
dibiayai sepenuhnya daripada kerajaan tanpa
perlu menyumbang satu sen pun kepada pihak sekolah?
Mengapa
berkira sangat nilai beberapa puluhan atau ratusan
ringgit setahun yang perlu dibayar untuk pendidikan
anak-anak demi masa depan mereka?
Saya menyarankan
kepada ibu bapa yang mampu supaya ubahlah mentaliti
kebendaan dan tumpukan kepada pendidikan anak-anak.
Pada pendapat
saya, jika kita ikhlas membayar yuran sekolah
tanpa merungut-rungut, kita akan komited kepada
pendidikan anak-anak.
Kita akan
lebih mengambil tahu apa-apa perkembangan dan
kemajuan prestasi anak-anak kerana kita membuat
sumbangan (yuran sekolah) ke atas pendidikan
anak-anak kita.
Cuba lihat
berapa banyakkah kita sanggup bayar untuk memiliki
kereta model terbaru, perabot baru, bayaran
bulanan langganan Astro berbanding berapa banyak
pula kita sanggup bayar untuk yuran tahunan
sekolah?
Saya menyatakan
ini adalah daripada pengalaman saya sendiri
setelah melihat telatah jiran-jiran, rakan sekerja
dan saudara-mara.
Saya mempunyai
jiran iaitu seorang kakitangan kerajaan kumpulan
sokongan serta mempunyai tiga orang anak.
Namun
demi pendidikan anak-anak, mereka sanggup menghantar
anak mereka ke sekolah rendah integrasi swasta
di Shah Alam dan menghabiskan sepertiga daripada
gaji a iaitu lebih RM900 untuk yuran bulanan
persekolahan anak-anak mereka.
Mereka
mahu yang terbaik untuk anak mereka dan sanggup
menggunakan kereta lama berusia 15 tahun dan
hidup amat sederhana.
Saya amat
kagum dengan pemikiran dan cara hidup mereka.
Inilah contoh yang boleh kita ambil iktibar.