Saudara
Pengarang,
PERUBAHAN-perubahan ketara yang telah dilakukan oleh Kementerian
Penerangan dalam penggunaan bahasa di RTM mutakhir ini menyinggung
dan mencemar kedaulatan bahasa ibunda.
Perkataan
seperti `infotainmen, komuniti, DJ korner dan sebagainya'
adalah bahasa asing yang juga asing kepada bahasa asalnya.
Lagi pun perkataan yang sama sedia ada dalam kamus bahasa
Melayu yang telah sedia diguna pakai sekian lama.
Apa
perlu membuat perubahan yang hanya akan menghilangkan perkataan
dalam bahasa ibunda dan sekali gus akan memiskinkan perbendaharaan
kata yang sekian lama kita martabatkan.
Lagi
sekali kejutan dilakukan oleh kementerian apabila melakukan
penjenamaan semula 32 stesen di bawah RTM yang menghilangkan
tanda nama ``Malaysia, Melayu dan Asli''.
Penjelasan
yang diberikan oleh Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzil
sukar diterima. Jika perubahan itu dilakukan oleh stesen-stesen
swasta umum, saya tidak berasa tersinggung sangat kerana
mereka tidak mempunyai tanggungjawab secara langsung kepada
rakyat dan kerajaan.
Menteri
dan kementerian berkenaan tentulah sedar yang kerajaan sentiasa
menggerak dan memupuk semangat patriotisme dan cintakan
negara di kalangan rakyat.
Jika
bahasa dan budaya dirojakkan tentunya pencapaian matlamat
tersebut akan terjejas dan tidak tercapai kerana rakyat
khusus kaum muda akan keliru.
Apakah
boleh kita nasihatkan mereka yang ingin mempelajari bahasa
Melayu supaya mengikuti RTM yang bahasa Melayunya sudah
dirojakkan? - ZULKIFLI ABDUL RAHMAN, Selangor