Guru
dan Pelajar Sekolah
oleh Kis
Secara umum
guru dan sekolah tidak dapat dipisahkan. Dunia pesekolahan
menemukan guru dan pelajar. Di negara ini dunia pesekolahan
bermula dari prasekolah hinggalah ke tingkatan enam. Guru
dan pelajar berinteraksi dalam memenuhi falfasafah pendidikan.
Sehubungan
itu, pencapaian dan kualiti sesebuah sekolah menjadi peunjuk
kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Guru berhadapan
dengan amanah yang diberikan oleh negara, pelanggannya dan
juga masyarakat. Gagalnya guru, bermakna gagallah cita-cita
menuju wawasan 2020.
Justeu
itu pembabitan kebajatan disiplin di kalangan pelajar amat
mengejutkan. Fakta terkini menunjukan ada sesuatu yan pelu
difikirkan segera, dan pandangan hendaklah diberikan secara
adil dan saksama.
Punca-punca
masalah disiplin di kalangan pelajar:
- sikap pelajar itu sendiri
- guru tidak berjaya menggunakan
pendekatan dan kaedah yang sesuai
- pengaruh sosial dan masyarakat
- sikap ambil mudah ibu bapa
- sikap guru yang sambil lewa
- kegagalan sekolah sebagai
organisasi yang sejajar dengar kehendak falsafah pendidikan
negara
- tiada kerjasama di kalangan
masyarakat
Selaras
dengan itu, dapatlah dilihat betapa guru-guru yang mempunyai
ijazah gagal untuk mengatasi masalah yang berlaku di sekolah.
Hal ini harus diberikan perhatian. Sekolah menengah yang mempunyai
guru-guru yang berpelajaran tinggi tidak dapat mencari kaedah
yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Berpolemik bukanlah
jalan penyelesaian, tetapi membina modus operandis adalah
penting.
Namun
bukan semua guru itu sambil lewa, bukan semua pelajar itu
runtuh akhlaknya tetapi cara mana hal ini dilihata adalah
yang menjadi pokok persoalan.
- samseng hendaklah dilayan
dengan cara samseng
- yang berbudi bahasa layanlah
dengan budi bahasa
- guru tetap guru-guru kencing
berdiri, murid kencing berlari
- bapa tetap bapa