Berita-bil. 6/2003

 
 

Bendung Segera Perlakuan Sumbang Pelajar

Oleh cglee@post.com


Pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen berkaitan perlakuan sumbang remaja baru-baru ini amat memalukan. Dalam rencana khas dalam akhbar tempatan beberapa hari lalu juga memaparkan gejala sumbang ini bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar IPTA malah turut meliputi pelajar sekolah menengah.
Hakikatnya nilai budaya dan keagamaan semakin luntur di kalangan pelajar-pelajar. Ini diburukkan lagi dengan pengaruh-pengaruh budaya barat yang semakin menular melalui media massa dan perkembangan internet.
Berdasarkan statistk yang dipaparkan dalam rencana tersebut, sepanjang tahun 2002 bilangan pelajar IPTA mencatatkan kadar tertinggi dalam perlakuan sumbang ini. Hal sedemikian tidak sewajarnya berlaku di kalangan pelajar yang dikatakan mempunyai daya fikir dan pertimbangan yang cukup matang untuk menilai baik dan buruk perbuatan mereka.
Justeru, pihak berkaitan perlulah menangani perlakuan sumbang yang semakin menular ini secara bersungguh-sungguh. Usahlah menanti nama institusi dikaitkan dan dihebohkan barulah sibuk untuk mengeluarkan kenyataan dan tindakan susulan.
Penguatkuasaan peraturan dan tindakan tegas perlulah diambil demi maruah bangsa, agama, negara dan intitusi berkenaan.

 
     
 

 

 
PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.
Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2003© Pendidikmy@yahoo.com