Berita-bil. 7/2003

 
 

MErenung sambutan kemerdekaan

Oleh: buksha, Langkawi-Ogos 2003


Pelbagai idea semakin terpapar dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara.Penonjolan idea kreatif membentuk Jalur Gemilang amat membanggakan hinggakan kita ditonjolkan dengan bendera terpanjang, terbesar, dan serba-serbi 'ter'. Bahkan ada yang berlumba-lumba untuk mencatatkan nama dalam buku rekod Malaysia.
Semangat kebanggaan terhadap negara tercinta yang dipamerkan amat membanggakan. Namun disebalik kemeriahan sambutan yang lebih menjurus kepada aktviti berpesta-pestaan, adakah kita terfikir akan perit jerih warga lalu berjuang dan bergadai harta dan nyawa demi negara? Sepadankah dengan serba-serbi 'ter' yang kita hasilkan?
Memupuk semangat cintakan tanah air bukanlah setakat bermegah mengibarkan atau menghasilkan Jalur Gemilang terbesar atau terpanjang, sebaliknya pengisian dalaman jiwa adalah lebih mustahak.
Jiwa yang lemah tidak akan dapat melahirkan masyarakat yang berani dan sanggup bermatian berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan.
Sedar ataupun tidak, sambutan bulan kemerdekaan kini lebih menjurus ke arah hiburan semata-mata. Mungkin itu nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hasil perjuangan generasi lalu yang kini makin terpinggir.
Detik sambutan kemerdekaan ini sepatutnya kita raikan warga pejuang dahulu yang masih lagi ada pada hari ini. Bantulah mereka terutama yang masih lagi diulit kesusahan dalam kehidupan mereka dalam zaman merdeka ini. Dari semangat juang dan pertaruhan nyawa dan harta benda mereka yang memungkinkan kita menikmati kemerdekaan ini.
Usaha memupuk semangat kemerdekaan perlulah dilihat dalam konteks yan lebih luas dan mendalam serta seharusnya lari dari unsur-unsur hiburan yang melalaikan. Tentunya kita tidak mahu kata-kata pujangga ini menjadi kenyataan.
Generasi lalu memperjuangkan kemerdekaan
Generasi hari ini menikmati kemerdekaan
Generasi akan datang menggadaikan kemerdekaan

 
     
 

 

 
PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.
Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2003© Pendidikmy@yahoo.com