Akademi
Fantasia - Akademi Maksiat?
Oleh
: ibnu_ahmad2003@yahoo.com.sg
Merujuk
kepada tajuk utama ruangan SENI dalam akhbar Utusan Melaysia
bertarikh 22.7.2003 iaitu rencana bertajuk "Akademi Fantasia-Penonton
Semakin Emosi"oleh Rosli Manah. Kesimpulan ringkas yang
dapat dibuat berdasarkan rencana akhbar tersebut ialah kekecewaan
kebanyakan penonton-penonton mengenai undian secara sms yang
dibuat oleh penonton-penonton di rumah.
Saya
tidak mampu memberikan komen yang panjang lebar berkenaan undi
sms yang dipertikaikan tersebut memandangkan sebenarnya saya
memilih untuk kurang prihatin tentang pertandingan tersebut
secara keseluruhannya (dan juga apa-apa pertandingan yang seumpama
dengannya).
Walau
bagaimanapun (akibat tiada pilihan untuk menukar siaran kerana
majoriti ahli keluarga memilih untuk menonton siaran ini), hati
saya sangat-sangat "tersentuh" menonton rancangan
ini terutamanya adegan-adegan emosional di penghujung rancangan
ini.
Bagi
mereka yang berpeluang mengikuti rancangan ini di saluran ASTRO
setiap hujung minggu (TIDAK bertujuan mempromosi ASTRO) akan
berpeluang melihat adegan-adegan emosional di hujung rancangan
iaitu apabila pengacara Akademi Fantasia mengumumkan nama peserta
yang telah mendapat undi secara sms yang paling sedikit (tercorot)
dan terpaksa dikeluarkan dari pertandingan untuk minggu yang
seterusnya.
Di
antara adegan-adegan "sayu dan memilukan" ialah tangisan-tangisan
dan PELUKAN-PELUKAN mengucapkan selamat tinggal dan COMFORTING
HUGS & KISSES peserta-peserta lelaki dan wanita dan juga
pengacara (termasuk juga para pengkirtik dan guru-guru peserta-peserta
yang berada di bawah pentas) yang ditunjukkan SECARA LANGSUNG
di hadapan penonton di Pentas Percubaan di sebuah IPTA dan juga
penonton di rumah.
Seterusnya adegan-adegan "sayu dan memilukan" ini
disulami dengan kata-kata memberi semangat agar peserta yang
telah terkeluar dari pertandingan tidak berputus asa dan usah
terlalu bersedih hati?.
Adalah
sangat memeranjatkan bagi seorang yang mengakui sebagai Melayu
Muslim yang menonton siaran ini untuk kedua kalinya Ahad lalu
apabila saya menyaksikan SECARA LANGSUNG lelaki dan perempuan
yang KESEMUANYA mempunyai nama yang berbunyi Melayu dan juga
berbunyi Muslim (kecuali seorang peserta bukan Islam) BERPELUKAN
DAN BERCIUMAN PIPI seperti lagak di Hollywood dalam GRAMMY AWARD
atau OSCAR atau rancangan-rancangan hiburan negara-negara barat
yang sewaktu dengannya.
Apa
yang lebih memeranjatkan ialah tingkah-laku dan adegan peluk-cium
ini dilakukan di hadapan keluarga termasuk ibu dan bapa peserta-peserta
yang juga terpaksa saya anggap masih Melayu (dan tetap Muslim)
ini.
Apakah
sudah hilang rasa MALU DAN SEGAN sehinggakan peserta-peserta
termasuklah guru-guru dan pengkritik tanpa segan silu berpeluk
cium di antara lelaki dan perempuan sedangkan mereka SEPATUTNYA
mengetahui bahawa "sentuhan kulit ke kulit" apalagi
peluk cium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
adalah HARAM.
Apakah
mungkin kerana contoh sikap "TIDAK APA" ibu-bapa (termasuk
ibu bapa dan kaum keluarga peserta-peserta) yang menyaksikan
adegan-adegan ini secara langsung di hadapan mata masing-masing
yang telah menyebabkan moral anak-anak Melayu (yang dianggap
Muslim) kini semakin songsang hari demi hari.
Begitu
sekalikah songsangnya nilai diri dan cetek dan hampir tandusnya
pemahaman tentang hukum tatasusila sebagai orang Melayu (yang
dianggap Muslim) sehinggakan adegan-adegan tersebut tidak lagi
dianggap SALAH atau TIDAK SOPAN atau HARAM malahan adegan-adegan
peluk-cium tersebut adalah PERKARA BIASA dan NORMAL disaksikan
dan dibiarkan seolah-olah ianya BIASA dilakukan setiap hari
sesama sendiri tanpa mengira sempadan aurat dan halal-haramnya
hubungan lelaki dan perempuan (yang dianggap) Muslim.
Tidak
terdetikkah di dalam hati ibu-ibu dan kakak-kakak dan adik-adik
yang nampaknya bertudung tersebut (lantas menggambarkan bahawa
mereka adalah Muslim) bahawa adegan peluk-cium yang ditunjuk
secara terang-terangan di hadapan mereka dan secara langsung
di dalam televisyen adalah SANGAT TIDAK SOPAN DAN HARAM dan
amat memalukan bangsa dan agama sendiri.
Atau
sebenarnya tiada istilah "batas hubungan lelaki perempuan
yang bukan mahram" dalam kamus hidup mereka?
Jika
beginilah sikap "TIDAK APA" para ibu bapa dan keluarga
peserta-peserta tersebut yang berbangsa Melayu (yang dianggap
Muslim yang beriman) yang menyaksikan adegan peluk-cium di dalam
rancangan ini SECARA
LANGSUNG DAN DI HADAPAN MATA SENDIRI TAPI MEMBIARKAN DAN MEREDHAINYA,
maka tidak perlulah kita menyalahkan rancangan-rancangan barat
yang kononnya telah menyebabkan hancur-punahnya akhlak dan moral
remaja masa kini kerana sebenarnya ibu-bapa seperti contoh yang
ditunjukkan dalam rancangan siaran langsung tersebut, yang telah
redha dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bebas untuk menyalahi
batas hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Apalah
sangat mempersoalkan keputusan undi sms yang dikatakan tidak
logik dan tidak munasabah tersebut sekiranya masyarakat kita
terutama yang Melayu yang mengakui Muslim, merelakan adegan
peluk-cium mengucapkan selamat tinggal(comforting hugs and kisses)
di antara lelaki dan perempuan yang ditonjolkan secara langsng
di hadapan mata masing-masing.
Kemungkinan
adegan-adegan tersebut dianggap sebagai "small atau mild
hugs and kisses" tapi apakah yardstick yang cuba diletakkan
sebenarnya?
Apakah
nilai keislaman yang berjaya ditonjolkan oleh rancangan ini
selain daripada para peserta yang namanya Melayu dan justeru
dianggap Muslim itu.
Atau
sebenarnya adegan peluk-cium dalam rancangan ini sebenarnya
membuktikan budaya masyarakat Muslim Malaysia
yang melayu sama sahaja dengan budaya masyarakat non-muslim
yang bukan melayu?
|