Pendidikan:
Peluang yang semakin terhakis
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam... Saya bukannya seorang yang pandai menulis tetapi cuma teringin sangat nak memberi pandangan. Saya adalah seorang pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang buat masa ini sedang membuat phd di UK. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah masalah pendidikan yang sedang sibuk dan hangat diperkatakan sekarang ini. Saya telah mengajar matapelajaran matematik dalam bahasa Inggeris selama lebih 8 tahun yang mana pelajar-pelajar saya hampir 100% adalah melayu. Saya yakin sekiranya kehendak tersebut dilaksanakan pada tahun depan, pasti sebahagian besar anak-anak melayu akan terjejas. Mungkin di bandar-bandar besar seperti di KL atau JB tidak begitu kritikal, tapi saya pasti ianya memberi kesan yang teruk ke atas pelajar-pelajar di luar bandar. Saya sendiri pening kepala bagaimana pemimpin-pemimpin yang bijaksana boleh bersetuju dengan cadangan itu tanpa membuat sebarang analisis secara keseluruhannya. Mungkin ada udang di sebalik Mee... Dari pengalaman saya mengajar matematik, pemahaman adalah amat penting. Walaupun mungkin setengah orang menganggap ia lebih bersifat 'numerical', tapi tanpa pemahaman yang cukup pelajar tersebut pasti gagal akhirnya.Lainlah kalau dia bawa 'toyol' masa ambil peperiksaannya, itupun setakat pas periksa. Ringkasnya, tanpa penyediaan asas yang cukup dalam bahasa Inggeris itu sendiri akan menjejaskan asas dalam matematik. Kalau kita ajar dalam bahasa malaysia pun setakat cukup makan, fikirkanlah apa hasilnya kalau diajar dalam bahasa inggeris. Satu lagi masalah kuota 10% bukan bumiputera di MRSM dan matrikulasi. Persoalan yang timbul di sini adakah pelajar MRSM sebelum ini bersifat perkauman dan apakah bekas-bekas pelajar MRSM pernah merusuh hingga memaksa kerajaan menempatkan pelajar-pelajar bukan bumi di situ. Atau apakah sebelum ini pelajar-pelajar MRSM 'bodoh-bodoh' belaka (tak pernah dapat 100% kelulusan) hingga terpaksa memasukkan persaingan, kononnya. Pada pandangan saya, tambahan tempat 10% itu adalah lebih wajar diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera miskin dari luar bandar. Saya sendiri pernah merasai zaman kesukaran untuk belajar di kampung yang tidak selesa yang hampir menjejaskan pengajian saya. Adalah amat menyedihkan sekiranya pihak MARA lebih mengutamakan pelajar-pelajar bukan bumi hanya kerana kerenah politik. Sekiranya 10% itu diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dari luar bandar, isya'allah saya yakin lebih 20,000 pelajar bumiputera luar bandar akan dapat meneruskan kecemerlangan mereka di MRSM dalam masa 10 tahun. Begitu juga dengan kes matrikulasi yang mana selari dengan sistem meritokrasi itu sendiri, sekiranya perlaksanaan 10% bukan bumi diteruskan, dari segi statistiknya, peratus pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan akan terus merudum dari tahun ke tahun. Kalau tak caya, tengok le nanti. Secara peribadi, saya amat kecewa dengan ancaman politik yang memperjudikan nasib anak-anak melayu kita. Sebenarnya sistem meritokrasi (walaupun sedap disebut), pengambilan 10% pelajar bukan bumi ke MRSM dan matrikulasi lebih menjejaskan peluang pelajar-pelajar bumiputera ke institusi pengajian tinggi. 63% pelajar yang berjaya ke IPTA itu adalah lebih kepada gimik orang politik untuk menyedapkan hati orang melayu pada hal majoritinya adalah di pusat-pusat matrikulasi dan asasi sains dan sekiranya di kira dari ijazah pertama, pastinya kurang dari 35% itupun majoritinya dalam aliran sastera...cuba kira sendiri baru tau...Jadi apa TINDAKAN yang patut kita ambil? Tepuk dada tanya itu iman... Wassalam RA
|