Oleh Mohd Azrone Sarabatin
Seminar Kebangsaan Sifat Malu di Kalangan
Orang Melayu
SIFAT malu bertutur dalam bahasa Inggeris dikesan sebagai antara punca
utama tahap penguasaan pelajar Melayu dalam bahasa antarabangsa itu
berada pada tahap lemah berbanding kaum lain.
Keadaan itu sama dengan pelajar Jepun hasil kajian F Anderson (1993).
Pakar psikologi itu mendapati kebanyakan pelajar enggan membuka mulut
dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan berbentuk lisan sentiasa
dibebani permasalahan.
"Golongan ini juga dikesan tidak ramai memasuki universiti dan
dari segi kerjaya pula mereka lambat memperoleh pekerjaan kerana malu
menyambung pengajian atau mencari kerja," katanya.
Dr Khaidzir berkata, remaja pemalu dianggap mempunyai kebimbangan melampau
terhadap penilaian sosial tentang tingkah laku mereka. Golongan itu
tidak menyenangi penilaian orang lain terhadap kekurangan mereka.
Katanya, semasa proses interaksi, remaja tidak bersikap pemalu memperlihatkan
tempoh berdiam diri yang singkat dan fasih bertutur berbanding remaja
memiliki sifat malu.
"Oleh itu, malu adalah masalah peribadi yang memberi kesan terhadap
kehidupan seseorang menyebabkan mereka mengalami masalah perhubungan
sosial (bergaul atau berinteraksi), tidak minat menyertai kegiatan kemasyarakatan,
mengalami kebimbangan, kesunyian dan kurang aktif.
"Dalam erti kata lain, ia adalah masalah psikologikal yang agak
serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak tertentu," katanya.
Ehsan
: Berita Harian