IBARAT GURU
Guru itu acuan
Murid itu dohnya
Guru salah pendekatan
Murid terima akibatnya
Guru
itu tukul
Murid
itu paku
Guru
memukul
Murid
berdiri terpaku
Guru itu pekebun
Murid itu bunga
Guru mandi bersabun
Murid terbau keharumannya
Paparan pantun di atas menggambarkan
uniknya diri seorang guru.Justeru suatu ketika profesion keguruan begitu
dipandang mulia oleh masyarakat.Malahan guru mendapat kedudukan istimewa
dalam status masyarakat.Guru begitu dihormati dan disanjung hingga menjadikan
guru itu serba boleh dan serba tahu.Begitulah hakikat betapa tingginya
kedudukan profesion keguruan.
Namun persepsi itu kini
jauh berbeza.Pelbagai faktor pencetus ke arah memungkinkan kepercayaan
dan penghormatan masyarakat kepada guru semakin terhakis.Selain gambaran
dan berita-berita "sensasi" yang dipaparkan oleh media berkaitan guru,
faktor keperibadian guru juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan
profesion keguruan.
Malangnya apabila ada segelintir
guru yang berpenampilan tidak seperti guru apatah lagi ditambah dengan
sikap dan tabiat buruk yang tidak dikawal.Bak pepatah "selangkah guru melangkah,sejuta
mata memandang", guru perlulah menjaga penampilan dan keperibadian walau
di mana.
Oleh:
asshafi@dr.com |