bil.57/2001
Guru lepasan PJJ akan diserap ke DG3
 

Sebanyak 8000 orang guru lepasan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) gred DGA6 dijangka dapat diserapkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG3 menjelang akhir tahun ini.
Presiden KPPK, Tengku Habsah Tengku Petera berkata, Kementerian Pendidikan bersetuju menyerapkan mereka secara beransur-ansur dan proses itu dijangka selesai selewat-lewatnya tahun depan.
"Kementerian dalam mesyuaratnya pada 9 Julai lalu telah memutuskan untuk melaksanakan kursus-kursus pertukaran kepada beberapa mata pelajaran kritikal bagi memastikan guru-guru PJJ ini dapat diserapkan segera." katanya.

Dipetik dari "Guru Malaysia" KPPK

PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com