bil.61/2001
----------------------------
Persekolahan
yang menyeronokkan
Pendidikan hari ini
bertujuan untuk membentuk generasi alaf baru yang lebih matang
dan berkaliber demi menyediakan barisan pemimpin yang berwibawa
dan berkarisma. Sekolah sewajarnya menjadi media untuk menyalurkan
pelbagai bidang dan maklumat. Proses ini dapat dilaksanakan
dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jika sesuatu pengajaran itu menyeronokkan tempoh 20 minit
akan berlalu tanpa disedari. Sebaliknya jika proses P&P
membosankan, 20 saat akan dirasakan seperti 20 minit lamanya.
Persekolahan yang menyeronokkan akan meningkatkan kesan positif
kepada seseorang pelajar dan keadaan ini boleh menimbulkan
minat pelajar untuk sentiasa berada di sekolah.
5 vitamin utama yang dapat
menyeronokkan alam persekolahan
vitamin M - music (muzik)
vitamin P - poetry (puisi)
vitamin N - nature (alam semula jadi)
vitamin F - fun (keseronokkan)
vitamin H - hope (harapan)
5W 1H - Persekolahan
Menyeronokkan
1. What - Apa yang menyeronokkan di sekolah?
a. Permainan
b.
Pelbagai pertandingan
c. Pengiktirafan/ganjaran/insentif
d. Persembahan/lakonan
e. Perkhemahan
f. Kawat - Pasukan pakaian seragam
2. Where - Di mana menyeronokkan?
a. Bilik darjah
b. Padang
c. Kawasan persekitaran sekolah
d. Kawasan/tapak perkhemahan
e. Gelanggang
f. Bilik-bilik khas
g. Asrama
h. Kompleks perniagaan
i. Surau sekolah
j. Pentas/dewan
3. Who - Siapa boleh menyeronokkan?
a. Jurulatih sukan/permainan
b. Mentor
c. Pemudah cara
d. Guru
e. Rakan sebaya
f. Staf sekolah
g. Pentadbir/pengurusan sekolah
h. Ibu bapa
i. Masyarakat sekeliling
4. When - Bila menyeronokkan?
a. Hari-hari persekolahan
b. Hari kokurikulum
c. Hari Kejohanan Olahraga
d. Hari Karnival Seni
e. Hari Pesta Jualan Makanan
f. Hari Anugerah Cemerlang
g. Perhimpunan
h. Semsa proses P&P
5. Why - Mengapa mesti menyeronokkan?
a. Mengurangkan masalah sosial
di kalangan pelajar
b. Menangani salah laku pelajar
c. Meningkatkan imej dan prestasi
pelajar serta sekolahnya
d. Memanfaatkan bahan dan kemudahan
P&P
e. Mengurangkan serta menghapuskan
kadar keciciran dan kes
ponteng
sekolah
f. Memupuk potensi pelajar
untuk menjadi insan yang seimbang
g. Sekolah ialah institusi yang
akan membina sahsiah pelajar sejak dari peringkat
awal kanak-kanak hingga peringkat dewasa.
6. How - Bagaimana boleh menyeronokkan?
a. Pelbagai aktiviti kelab &
persatuan
b. Iktiraf kejayaan-pamerkan
pencapaian
c. Pelbagaikan peralatan-secukupnya
d. Perkenalkan aktiviti yang
mencabar
e. Persembahan yang terbaik
f. Pelbagai teknik dan
kaedah P&P
g. Elakkan kebosanan
h. Peragakan dan pamerkan kebolehan
Dipetik dari Buletin
JPN Kedah, 1999.
Oleh: Haji Mat Isa bin
Hassan, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNK
|