bil.62/2001
----------------------------
 

Isu Guru Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)- Perjuangan KPPK

# Mengikut rekod Bahagian Pendidikan Guru pada awal Jun 2001 sebanyak 515 pemohon PJJ diterima dan hanya 227 pemohon memohon mengikuti bidang kritikal yang diperlukan (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris).Selebihnya diluluskan mengikut bidang yang tidak kritikal.Guru-guru yang mengikuti PJJ dalam bidang tidak kritikal tidak diberi jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai guru siswazah selepas tamat pengajian mereka nanti.

# Terdapat program baru PJJ dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian dengan UNITEM (Universiti Terbuka Malaysia).Bidang pengajian dibuat secara 'online','face to face' dan ijazah UNITEM adalah diiktirafkan.Ini bermakna lebih banyak peluang untuk guru-guru mengikuti kursus ijazah secara PJJ.

# Pemohonan PJJ perlulah mendapat surat kelulusan terlebih dahulu daripada Bahagian Pendidikan Guru sebelum memulakan pengajian.

# Bahagian Pendidikan Guru telah merancang untuk mengadakan kursus 'conversion' bagi membolehkan guru-guru bidang bukan kritikal mengajar mata pelajaran kritikal.Perkara ini hanya akan dilaksanakan sekiranya guru tersebut menerima tawaran lantikan sebagai PPPS Gred DG3 terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Dipetik dari 'Guru Malaysia'.Terbitan KPPK- September 2001.

Dikirim oleh ahli KPPK Perak.
PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com