bil.65/2001
----------------------------
Ketrampilan
Guru Kurangkan Masalah sosial
GURU perlu mempunyai ketrampilan diri yang baik bagi membolehkan
mereka dilihat sebagai 'role model' kepada golongan pelajar
di negara ini.
Menurut Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Yaacob Wan Ibrahim,
ketrampilan guru yang baik diyakini mampu mengurangkan masalah
disiplin yang terus di kalangan pelajar masa kini.
Katanya, personaliti sebagai
'role-model' boleh dicapai jika guru sendiri tidak terlibat
dalam sebarang masalah disiplin seperti lambat ke sekolah,
berpakaian tidak kemas dan tidak bersedia untuk mengajar.
"Sekiranya seseorang
guru itu mempunyai kemahiran dalam perhubungan awam serta
beretika, pelajar akan mencontohi dan menghormatinya,'' katanya
ketika ditemui selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru
ini.
Majlis yang julung kali
diadakan itu, menyaksikan seramai 156 pelajar tingkatan lima
pelbagai aliran menerima sijil sebagai tanda penghargaan sekolah
di atas usaha mereka selaku pelajar selama ini.
Yaacob menambah, disiplin
juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang
dilalui pelajar saban hari.
Menurutnya, pengalamannya
sebagai guru disiplin menunjukkan bahawa pelajar tidak takut
dirotan tetapi akan lebih patuh sekiranya mereka diberikan
nasihat dengan mesra.
"Kita
perlu membuatkan mereka malu dan hormat pada kita kerana pendekatan
yang lembut dan ketrampilan diri adalah faktor penting,''
katanya.
|