bil.67/2001
----------------------------
 

Apakah Rumah Pintar?
 

APAKAH sebenarnya Rumah Pintar? Ia dikenali sebagai Rumah Pintar atau Rumah Rangkaian di Amerika Syarikat. Apa jua panggilannya, Rumah Pintar atau Rumah Rangkaian boleh ditakrifkan seperti berikut:

Persekitaran kehidupan yang membolehkan pengguna memaksimumkan potensi teknologi untuk memenuhi keperluan gaya hidup persendirian. Ringkasnya, Rumah Pintar atau Rumah Rangkaian hampir keseluruhannya menggunakan sistem berkomputer, di mana automasi menggantikan kerja rutin seharian.

Persekitaran sebegini memberikan pemilik rumah kuasa mengintegrasikan dua atau lebih sistem rumah mengikut keselesaan.

Jika anda pernah menonton siaran siri kartun di televisyen pada tahun 1970-an yang dikenali sebagai The Jetsons, anda boleh lihat apa yang dikatakan Rumah Pintar. Ringkasnya, apa jua yang ada di rumah anda adalah automatik atau dikendalikan robot, atau dalam istilah sains dipanggil kepintaran tiruan.

Teknologi baru menarik perhatian orang ramai dan kini menjadi aliran utama. Dengan kemajuan teknologi, terutamanya dalam rangkaian, pengkomputeran dan tanpa wayar, Ru-mah Pintar hari ini berlainan daripada apa yang ada pada 1940-an atau 1950-an.

Teknologi baru memfokus atas dalam rumah tangga. Selepas ini teknologi baru akan memfokus atas tempat umum.

Rumah Pintar atau Rumah Rangkaian membolehkan pemiliknya memaksimumkan potensi teknologi bagi keselesaan hidup yang mereka perlukan.

Ia adalah tempat di mana pemilik rumah boleh mengawal dua atau lebih sistem perumahan, termasuk komunikasi, komputer, audio visual, hiburan, sekuriti, lampu, utiliti dan persekitaran.

Dengan adanya Rumah Pintar atau Rumah Rangkaian, kita boleh mengecapi keselesaan dan keselamatan pada kegiatan harian. Pada masa sama, dengan rumah sebegini, peralatan rumah untuk memudahkan kerja adalan tidak terkira.

Asas untuk Rumah Pintar adalah Internet yang boleh dan sudah mengubah cara hidup kita. Pengaruhnya masih berterusan.

Kebanyakan rumah tangga kini sedar komputer bukan lagi berfungsi untuk permainan komputer tetapi untuk melayari Internet, mencari maklumat dan berita serta menghantar e-mel.

 

petikan dari Portal Pendidikan Utusan
PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com