bil.71/2001
----------------------------
Isu Pengasingan
Pelajar-pendapat semua mesti diambilkira
Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Kementerian Pendidikan
perlu mengemuka dan mengumpulkan bukti ataupun maklumat kukuh
mengenai isu pengasingan pelajar yang hangat diperkatakan
sekarang, kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Dr Hasan
Mohd Ali.
Beliau
berkata, kedua pihak tidak perlu tuduh menuduh, kerana isu
tersebut melibatkan masa depan sistem pendidikan negara.
"Sebenarnya
kedua belah pihak sama ada NUTP ataupun Kementerian Pendidikan
dan juga orang politik mahupun orang pendidikan sendiri yang
ingin membuat kenyataan harus meneliti data-datanya dengan
lebih jelas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari
ini.
Dr
Hasan yang juga sebagai Naib Presiden PAS, tidak bersetuju
sekiranya gambaran tentang pengasingan pelajar mengikut kaum
itu dipertikaikan tanpa kenyataan yang konklusif .
"
Contohnya, paling tidak 50 peratus bukti yang dikemukakan
oleh NUTP yang menyatakan bahawa senarai nama sekolah yang
dikeluar itu benar-benar wujud pengasingan kaum," katanya.
Dr
Hasan berkata, dasar Kementerian Pendidikan juga perlu dikaji
semula sekiranya dakwaan NUTP terbukti benar.
Katanya
dalam hal ini pendapat semua pihak terutamanya golongan 'non-partisan'mesti
diambilkira.Begitu
juga pandangan dan cadangan parti politik pembangkang seperti
PAS .
Dr
Hassan secara peribadi bersetuju sekiranya semua pelajar sama-sama
mempelajari pendidikan moral.
"Bagi
saya tidak salah antara pendidikan moral dan agama diajarkan
kepada semua pelajar, sebab tidak banyak bezanya cuma di segi
akidah dan syariat sememangnya ada perbezaan yang nyata ",kata
beliau.
Malah
katanya seseorang pelajar itu akan memahami kepercayaan agama
orang lain dan ia akan membuat pemikiran seseorang itu lebih
terbuka.
Sementara
itu, tokoh akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
, Profesor Dr P Ramasami berkata " pengasingan pelajar
mengikut kaum ini berpunca daripada politik perkauman".
Olehitu
kata beliau , tidak ada apa yang menghairankan dengan "pendedahan
" NUTP itu."Saya
percaya pengasingan ini bukan berpunca daripada sistem pendidikan
tetapi ia dipengaruni politik perkauman," kata beliau.
Dan
amalan mengasingkan pelajar mengikut kaum adalah berbahaya.
"Hakikatnya
diskriminasi kaum akan membahayakan masa depan negara walaupun
kerajaan sendiri menggariskan dasar integrasi perpaduan negara,"
kata beliau.
Kata
beliau alam persekolahan adalah yang paling awal dilalui pelajar
dan adalah amat menyedihkan pada peringkat awal lagi pelajar
didedahkan kepada unsur perkauman.
Lebih
parah kata beliau ialah "universiti pun turut mengamalkan
pemilihan kaum".
Tambahnya
pengasingan sekolah mengikut aliran bahasa seperti Sekolah
Rendah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil turut menyumbang kepada
gejala perkauman ini.
Justeru
itu katanya satu sistem pendidikan nasional perlu direalisasikan
walaupun dalam jangka masa panjang dan ia bukan hanya untuk
memenangi pilihan raya.
|