bil.89/2002
----------------------------
Hari
Guru: Besar maknanya
Hari Guru ialah hari bagi menghargai guru dan matlamat kerajaan
mengisytiharkan 16 Mei sebagai Hari Guru adalah sebagai
pengorbanan negara kepada kaum guru yang berkorban mendidik
pelajar-pelajar sekolah.
Hari Guru pertama
kali disambut pada tahun 1972. Tema hari Guru yang pertama
itu ialah Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara.
Hari Guru bertujuan menitikberatkan tugas
guru dalam pembangunan negara dan perkhidmatan mereka kepada
masyarakat.
Sambutan
Hari Guru juga diadakan untuk menarik perhatian ibu bapa,
pelajar-pelajar dan orang ramai terhadap sumbangan kaum
guru dalam masyarakat.
Budaya sambutan Hari Guru sejak dahulu
lagi ialah pelajar-pelajar akan menghadiahkan sesuatu kepada
guru mereka, menghantar kad ucapan atau setidak-tidaknya
mengucapkan Selamat Hari Guru.
Walau apa pun cara yang dilakukan sebagai
menghormati jasa guru, cara yang terbaik ialah menjadi seorang
pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, mematuhi kata
guru dan rajin menuntut ilmu. Kurang cemerlang tidak mengapa
asalkan tidak nakal, hormat kepada ibu bapa dan orang tua,
guru, kawan-kawan, jiran-jiran dan orang lain serta menyelesaikan
kerja sekolah dengan sempurna.
|