bil.90/2002
----------------------------
TERIMA
KASIH ATAS SOKONGAN-PENGENDALI WEB
Pendidik
telah terpilih sebagai "Winner
of the Top 5 of CARI - May 2002 Awards". Pengendali
web merakamkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Walaubagaimanapun pencalonan dalam CARI bukanlah dibuat
oleh pengendali web. Terima kasih kepada pengunjung yang
mencalonkan Pendidik dalam Top 5 of CARI.
Mengendalikan sebuah laman
web bukanlah semudah membinanya. Kerja-kerja mengemaskini
perlu dilakukan agar isi kandungannya memberi manfaat kepada
pengunjung. Kekangan tugas dan masa sememangnya menjadi
faktor penghalang utama untuk mengendalikan laman web agar
sentiasa memaparkan maklumat terkini.
Laman ini mungkin tidak sebaik
mana, namun memandangkan kurangnya laman berunsur pendidikan
dalam Bahasa Melayu, usaha-usaha menjadikan laman ini sebagai
wadah menyalurkan maklumat berkaitan dunia pendidikan akan
tetap diteruskan.
Pengendali web juga ada menerima
beberapa e-mel dari pengunjung yang memberikan pelbagai
respon dan cadangan. Malahan ada yang inginkan pengendali
web memperkenalkan identitinya. Terima kasih di atas
pandangan dan respon yang diberikan ke arah memantapkan
laman Pendidik. Insyaallah, identiti pengendali web akan
diperkenalkan sedikit masa lagi.
SELAMAT HARI GURU UNTUK WARGA
PENDIDIK DAN BEKAS PENDIDIK WALAU DI MANA ANDA BERADA.
|