.~Isu:1
Hala Tuju Guru PJJ
 Pendidikan Jarak Jauh kini bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat kita.Apatah lagi dalam perkembangan bidang pendidikan negara.Sudah pasti peluang ini direbut sepenuhnya oleh pelbagai lapisan individu yang berkerjaya dengan tujuan meningkatkan taraf pendidikan dan matlamat-matlamat lain.
Begitu juga di kalangan guru,PJJ mendapat sambutan yang menggalakkan. 
Sesudah berhempas pulas dan berkorban masa,tenaga dan wang ringgit kini graduan PJJ kalangan guru menghadapi masalah untuk diserapkan ke PPPS DG3.Adalah menjadi harapan agar masalah ini dapat diselesaikan secepat 
mungkin agar tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus menimba
ilmu dan meningkatkan profesion keguruan.
Berdasarkan pengamatan,majoriti kalangan guru-guru yang mengikuti PJJ 
adalah di kalangan yang berumur dalam lingkungan lewat 30-an dan 40-an.
Ke mana hala tuju mereka?
 ~webmaster
Pendidik