Laporan Abdul Rahman Arshad telah
mengemukakan perakuan kepada kerajaan pada bulan Ogos 1996. Laporan
ini dibahagikan kepada empat kelompok:-
-
Skim Perkhidmatan dan Prospek Kenaikan
Pangkat
-
Beban Tugas Pengurusan, Pengajaran dan
Pembelajaran
-
Insentif dan Kebajikan
-
Kemudahan dan Prasarana
Terdapat 82 perakuan yang bernas yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa ini.Jawatankuasa ini telah bertemu dan berbincang
dengan semua kesatuan guru dan badan profesional yang telah diadakan di
merata tempat di Malaysia. Mereka juga telah membuat penyiasatan
dan pengkajian tentang keadaan di bandar, di luar bandar dan di kawasan
pedalaman.
YB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak
harus dipuji kerana telah melaksanakan beberapa perakuan Laporan Abdul
Rahman Arshad (LARA) ini. Perakuan ini telah memberikan nafas
baru kepada Perkhidmatan Pendidikan.
Menteri Pendidikan Baru YB Senator
Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad harus memberikan perhatian yang serius
dan melaksanakan perakuan-perakuan lain. Janganlah terlalu menumpukan
perhatian kepada Pengajian Tinggi sahaja sehingga melupakan akar umbi kita.
KPPK yakin bahawa Tan Sri Rahman Arshad
yang merupakan seorang pendidik negara pasti mempunyai pengalaman yang
banyak selaku bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sebahagian
daripada perakuan itu benar-benar untuk penyelesaian masalah yang dihadapi
oleh guru-guru. Kita harus membaca serta memahami Perakuan LARA.
Kita yakin bahawa sebahagian besar perakuan itu akan dapat menyelesaikan
"penyakit tua" dalam sistem pendidikan Malaysia.
KPPK telah menerima jaminan daripada
Kementerian Pendidikan bahawa perakuan-perakuan itu akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan. Tetapi kini nampaknya, perakuan-perakuan
Rahman Arshad seolah-olah telah dibekukan.
Banyak perakuan yang akan membawa nafas
baru kepada profesion perguruan terkandung dalam Laporan ini termasuk perakuan
tentang kelas tambahan, beban guru, peruntukan kewangan, PJJ, Jawatan Kritikal
dll.
Janganlah biarkan Laporan Rahman Arshad
ini juga menemui ajalnya seperti laporan-laporan lain. Janganlah
kita sekali lagi membuktikan bahawa kita hanya pandai menyediakan laporan
tetapi tidak mampu melaksanakan perakuan-perakuan laporan kerana takut
kepada realiti.
Sumber:
~Berita Perkhidmatan Cikgu
Net |