Golongan
pendidik diminta menanam sikap rasa bangga terhadap gelaran `cikgu` oleh
masyarakat kerana ia lebih murni dan berkekalan sampai bila-bila.
Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, berkata golongan
guru sebagai pendokong profesion pendidikan tidak sepatutnya rendah diri
dengan gelaran `cikgu` sebaliknya menjadikannya iktibar untuk terus mendidik
anak bangsa.
"Tidak ada satu
gelaran yang murni, melainkan `cikgu`.. malah bekas anak didik ramai masih
memanggil saya `cikgu`,... inilah saya katakan murni dan istimewa".
Dalam pada itu,
Abdul Shukor berkata setiap guru perlu berubah dan mengikis sikap `asal
mengajar` tanpa memikir prestasi dan kecemerlangan anak didik dan mereka
sendiri.
Katanya, setiap
guru harus bersikap profesional dan kembali menilai matlamat asal memasuki
perkhidmatan pendidikan. "Dalam menjalankan tanggungjawab ini,
tidak perlu ada fokus untuk memajukan kerjaya yang mulia ini" katanya.
Beliau sedih terhadap
sikap segelintir warga pendidik yang masih dengan sikap lama yang tidak
produktif, sambil menegaskan profesion perguruan bukan medan untuk menjadi
kaya dan mengejar keistimewaan tetapi suatu perkhidmatan kepada masyarakat.
Menurutnya, anugerah
khidmat cemerlang adalah pengiktirafan kerajaan kepada mereka sebagai pengerak
pembentukan budaya positif.
Sumber:
~ Cikgu
Net |