.~Isu: 2
Harapan Baru Untuk Guru-guru PJJ

    Satu pekeliling dari SPP telah diedarkan keseluruh negara berhubung temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan yg mempunyai ijazah melalui program PJJ. Beberapa negeri telah menerima pekeliling tersebut yang belum terima akan sampai tidak berapa lama lagi. Antara kandungannya ialah..... semua guru-guru lepasan PJJ akan mula dipanggil temuduga mulai Januari 2001.Dan penempatan pertama akan bermula mulai Mac 2001. 
    Dari sumber yang telah dapat saya teropong ialah temuduga ini akan dimulakan kepada lepasan 1999 (USM) dan UPM. Kesemua mereka ini sekiranya berjaya di dalam temu duga akan ditempatkan mengajar di Sabah dan Sarawak. Bagi yang lain-lain akan dipanggil secara berperingkat-peringkat. 
    Bagi opsyen BI, Sains anda mungkin tidak dihantar ke Sabah dan Sarawak kerana opsyen ini ada kosong di semenanjung. Namun demikian dalam pekeliling itu tidaklah dinyatakan penempatan ke Sabah dan Sarawak tetapi sumber dari kementerian bahawa opsyen sastera dan Bahasa Melayu hanya kekosongan di negeri-negeri tersebut kerana negeri ini bilangan guru siswazah yang mengajar BM dan subjek Sastera masih kecil. 
    Oleh itu saya berharap guru-guru PJJ jangan lagi mempertikai..merayu untuk berkhidmat di semenanjung sekiranya ditawarkan kelak. Kementerian Pendidikan cuba untuk menyelesaikan isu PJJ inilah salah satu cara penempatan yang bakal dibuat. Walaubagaimanapun selepas tamat tempoh guru-guru boleh memohon pertukaran biasa balik ke negeri asal. Nah.... bersyukurlah...dan terima saja tawaran jika dilantik...datang hanya sekali saja... ini saja makluman yang paling terkini untuk guru-guru lepasan PJJ. 

Dipetik dari Forum Perkhidmatan Cikgu Net
Penyumbang: 
Teropong Halus 
12-09-2000 
 

Pendidik