.ISU 24 |
|
Kepekaan kerajaan dan
Kementerian Pendidikan untuk menambah kemudahan perumahan untuk warga guru
dan pendidikan amatlah dihargai. Kini kebanyakan tempat di seluruh tanah
air kompleks perumahan guru sedang giat dilaksanakan. Ada yang telah siap
dan diduduki dan terdapat lagi beberapa projek baru sedang dilaksanakan.
Bila kemudahan telah siap,maka ada pula suara-suara tidak puas hati terhadap permohonan dan kelulusan mendudukinya. Hinggakan ada unsur-unsur kronisme dalam meluluskan permohonan untuk memasuki rumah ini. Seorang sahabat penulis yang baru bertukar ke sebuah negeri di semenanjung terpaksa mencari rumah sewa setelah permohonannya diajukan, beliau diminta menunggu antara 1-2 bulan untuk proses kerana kononnya permohonan terlalu banyak.Walhal dari maklumat yang beliau perolehi, masih banyak rumah yang tidak dihuni. Akhirnya beliau terpaksa mencari rumah sewa memandangkan beliau telapun membawa barang-barang rumahnya terus dengan harapan akan dapat menduduki rumah yang disediakan.Menurutnya,hingga kini masih terdapat rumah yang tidak dihuni sedangkan alasan yang diberikan adalah sebaliknya. Malangnya ada juga kalangan penghuni rumah guru ini yang telah memiliki rumah sendiri melalui pinjaman kerajaan. Mereka sanggup tinggal di rumah guru semata-mata untuk menyewakan rumah milik mereka. Bayangkan potongan sewa rumah guru hanya RM135.00, sedangkan rumah sendiri dapat disewakan melebihi RM200.00. Kalangan yang bersikap begini juga menyebabkan pengagihan rumah guru tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak berkenaan sewajarnya juga mengambil berat terharap prasarana rumah guru. Dengan potongan elaun perumahan seharusnya penyeliaan rumah guru dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ada guru yang terpaksa menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membaiki keadaan rumah sebelum diduduki. Lazimnya laporan-laporan kerosakan akan mengambil masa yang lama untuk diambil tindakan. Malahan di sebuah negeri di Pantai Timur berlaku suatu peristiwa yang meragut nyawa seorang guru kerana terjatuh dari syiling rumah kerana membaiki tangki air yang rosak. Bagaimana ini boleh terjadi? Pihak berkenaan sewajarnya mengambil sistem beberapa agensi lain yang menyelia rumah-rumah kakitangannya setiap bulan dengan mengedarkan borang penyeliaan untuk dibuat laporan oleh penghuninya. Bedasarkan laporan penghuni, kerosakan akan dibaiki dengan menggunakan wang ptongan sewa yang dikenakan. Kemungkinan pengwujudan rumah guru secara flat akan dapat diselia dengan baik namun rumah-rumah guru yang sedia ada perlu diberi perhatian kerana usianya dan tentunya banyak peralatannya yang sudah di makan usia. Penghuninya sepatutnya tidak lagi dibebankan untuk membaiki kerosakan dengan wang saku sendiri sedangkan dalam masa yang sama elaun perumahan mereka terus dipotong. |