.~Isu:3
Pilih KWSP atau Skim Pencen

Pilih KWSP atau Skim Pencen - Mana Satu? 

Seseorang kakitangan kerajaan apabila telah genap berkhidmat selama 3 tahun akan diberi opsyen untuk memilih Skim Pencen atau KWSP. Opsyen ini biasanya diberi 3 bulan sebelum genap 3 tahun.
Ramai antara kita tidak tahu bagaimana hendak membuat ketetapan apabila kita diberi opsyen sama ada hendak menyertai Skim Pencen atau KWSP. 

Perhatikanlah: 

(a) Apabila kita telah memilih Skim KWSP, kita tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan kemudahan perubatan ketika kita bersara nanti. 

(b) Untuk mereka yang memilih KWSP, kemudahan perubatan hanya diberikan semasa kita sedang berkhidmat sahaja. Apabila kita bersara, kemudahan ini akan diberhentikan. 

(c) Jika kita memilih Skim Pencen, hanya pesara (suami/isteri)/anak yang berhak untuk menerima pencen. Pencen tidak boleh diberikan kepada ibu bapa. 
 
 

Pendidik