.ISU 32
16 Mei-Hari Jabatan Pendidikan Negeri
Oleh: Ahli KPPK Penang.

 
Artikel ini sekadar renungan warga guru yang akan meraikan Hari Guru 2001.Artikel ini telah disiarkan dalam buletin KPPK "Guru Malaysia" Julai 2000.

Kita harus memuji cara perayaan profesional Hari Guru 2000 yang dijalankan tahun lalu.Selayang pandang,segala-galanya disusun dan diaturkan begitu kemas dan bermutu tinggi sehingga tiada tolok bandingnya.Ini termasuklah perhiasan dewan dan pentas,persembahan koir,istiadat kibaran bendera dan sebagainya.Upacara penyampaian hadiah adalah 'top'.Jawatankuasa Pengelola harus diberi pujian atas usaha yang dipaparkan!
Banyak hadirin majlis itu terasa aneh serta tertanya-tanya "Adakah ini majlis perayaan Hari Guru?"
"Di manakah guru?"
"Kenapa hanya ada segelintir sahaja?"
Guru-guru sentiasa menjadi mangsa birokrasi seperti ini! Bukankah lebih baik, kaum guru mengaturkan program perayaan yang benar-benar mencerminkan 'Hari Guru' ?-sama seperti Hari Tentera atau Hari Belia.
Kaum guru sepatutnya berkumpul beramai-ramai di sebuah stadium dengan pelbagai acara perayaan HAri Guru termasuklah ucapan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan.Sekiranya kita membiarkan cara perayaan Hari Guru 2000 berterusan,sudah pasti maruah guru akan terus tercemar,harapan bangsa dan negara akan turut terjejas!
Sesungguhnya,guru seharusnya menjadi fokus utama dalam perayaan HAri Guru. Dengan ini barulah dapat kita membuktikan keikhlasan kita untuk merealisasikan penghargaan kita terhadap jasa dan bakti guru dalam pendidikan dan pencorakan generasi muda yang bakal menjadi tunggak pembangunan bangsa dan negara.