.ISU 33 |
|
Dipetik
dari Malaysiakini.com
Ong
Kim Lih
Dua daripada mesej yang dikirim “ditendang semula”, sementara selebihnya tidak mempunyai alamat e-mel, dakwa Pengerusinya Lim Kit Siang. Lebih mengejutkan, katanya, dua daripada mereka menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berada di Putrajaya, sebahagian daripada Cyberjaya dan didakwa dilengkapkan dengan teknologi komunikasi canggih. “Jika dua menteri ini (mendakwa) bertugas melalui kemudahan teknologi maklumat, tetapi tidak dapat dihubungi melalui e-mel, kita tentunya tertanya-tanya apakah mereka menteri ‘hantu’,” kata Lim lagi, kira-kira jam 3 petang tadi. “Sangat mengejutkan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal teknologi maklumat (Datuk Leo Moggie) sendiri tidak mempunyai alamat e-mel.” Dalam satu kenyataan tengahari tadi, Lim berkata beliau telah menghubungi Perdana Menteri dan beberapa menteri kanan bagi menggesa kerajaan menimbangkan 7,168 tempat kosong di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk pelajar Cina dan India. Katanya, tempat kosong ini telah dipersetujui dalam belanjawan 2001 untuk pelajar bukan Bumiputera. Pertimbangan itu termasuklah 500 pelajar bukan Bumiputera yang telah lulus SPM dengan cemerlang tetapi gagal ke universiti, katanya lagi. “Kabinet tidak diminta mempersoalkan dasar sistem kuota (kemasukan di universiti), tetapi pelaksanaannya biarlah lebih anjal dan bijaksana,” kata Lim. Menurut laporan akhbar hari ini, kerajaan bersedia mengambil seramai mungkin pelajar bukan Bumiputera untuk ke universiti. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata isu pelajar cemerlang yang gagal memasuki IPTA dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu. Beliau berkata demikian sebagai menjawab perbahasan pihak pembangkang di Dewan Rakyat semalam. Sementara itu seorang pemimpin gabungan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, Ong Swee Kok berkata sistem pendidikan (awam) di negara ini tidak memberikan layanan yang sama rata kepada semua kaum. “Masyarakat kita bersifat majmuk. Kita tidak seharusnya mengikut pembahagian kaum untuk masuk ke universiti, tetapi harus mengikut pencapaian keputusan peperiksaan,” katanya kepada malaysiakini, apabila diminta mengulas isu ini. Pengerusi Persatuan Belia Graduan Wilayah Persekutuan dan Selangor, Chew Chong Sing, pula menyarankan pelajar bukan Bumiputera dibenarkan menyertai kursus-kursus matrikulasi yang selama ini hanya dimonopoli oleh pelajar Bumiputera. malaysiakini.com
|