Selamat Hari Guru untuk semua
warga guru di mana jua.Memartabatkan profesion keguruan tanggungjawab bersama
adalah tema yang dilihat lanjutan daripada tema tahun lalu iaitu bersatu
memartabatkan profesion keguruan.Bersamalah kita renungkan sejauh mana
kita telah berupaya menaikkan imej profesion keguruan yang telah diwarnai
oleh pelbagai suasana yang adakala dibesarkan-besarkan apabila berkaitan
dengan guru.Biarpun guru pencen! Isu-isu melibatkan guru sememangnya dinantikan
menjadi isu besar untuk dihebahkan.Pengorbanan guru hanya dianggap tanggungjawab
yang perlu guru laksanakan.Guru makan gaji! Justeru sempena sambutan hari
guru tahun ini marilah kita renungkan semula dari pelbagai aspek melibatkan
profesion yang mulia ini.Apakah kita sudah berpuashati semata-mata kita
telah perolehi kesenangan peribadi.Cukup dengan apa yang kita ada dan miliki.Biarkan
rakan terkapai-kapai dengan pelbagai masalah.Inilah yang ada di kalangan
warga kita yang mementingkan perut masing-masing. Bersatulah memperjuangkan
nasib rakan-rakan kita dalam isu PJJ,rumah guru,bebanan tugas,peluang kenaikan
pangkat,SSB,dan pelbagai isu lagi yang membelengu profesion keguruan.