.~Isu: 4
KPPK : Reformasi Pendidikan

Syor-syor yang dikemukakan oleh KPPK bagi memperkemaskan sistem pendidikan, antaranya:
* Persekolahan Pra Sekolah/Nurseri diambil alih oleh kerajaan di bawah kelolaan dan 
   pengurusan pihak Kementerian Pendidikan.
* Pusat penjagaan kanak-kanak diwujudkan di sekolah-sekolah.
* Sistem PPD diubahsuai.
* Bilangan murid dalam sesebuah bilik darjah hendaklah mengikut bilangan yang 
   ditetapkan:
      Sekolah Rendah      - 30 orang
      Sekolah Menengah  - 35 orang
* Diwujudkan jawatan pegawai khas mengisi dan merekod data ke dalam komputer.
* Waktu Peperiksaan harus ditentukan oleh pihak sekolah.
* Kelas tambahan tidak perlu diadakan.Jangan merampas hak kanak-kanak.
* Kerja cetak-mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran, kertas soalan 
   peperiksaan dan ujian, serta segala urusan seperti pungutan yuran, pendaftaran murid, 
   pinjaman buku teks, penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain 
   hendaklah dilakukan oleh staf sokongan.
* Kemudahan cuti sambilan hendaklah dilanjutkan kepada 14 hari setahun kerana 
   asas-asas untuk mengambil cuti ini sudah bertambah maka jumlah hari cuti sambilan 
   pun hendaklah ditambah.
   Untuk membolehkan guru-guru menikmati kemudahan ini,wang tunai sebagai gantian 
   harus diperkenalkan. Cuti rehat,cuti sambilan yang tidak digunakan serta bilangan hari 
   yang guru besar/guru bertugas semasa cuti semester boleh dikumpulkan untuk diambil 
   kira sebagai kemudahan wang tunai gantian.
* Bilangan hari cuti sambilan yang tidak digunakan oleh seseorang guru mestilah 
   dikumpulkan untuk menikmati "Hadiah Gaji Khas".
* Guru-guru yang dipanggil untuk bertugas pada masa cuti juga dikumpulkan. Hari 
   bertugas ini harus diberi "Hadiah Gaji Khas".
* Guru-guru yang memperoleh prestasi Cemerlang, cutinya yang tidak diambil juga 
   termasuk dalam perkiraan cuti yang dikumpulkan untuk "Hadiah Gaji Khas".
* Pengetua dan Guru Besar atas nasihat Ketua/Guru Panitia diberi kuasa untuk memilih 
   buku teks daripada senarai buku teks yang diluluskan.
* Perakuan ini harus ditambah Kelas masalah pembelajaran yang menampung murid-murid 
   'down clown sindrom'. Sekolah Khas untuk tujuan ini hendaklah didirikan.

Dipetik dari Guru Malaysia KPPK Julai 2000.

Kiriman : buksha

Pendidik