bil. 40/2001.

 

Pendidik
Cikgu.PJJ
Artikel
Forum
Jalinan
RakanWeb
Perihal
MENILAI SEMULA KEBERKESANAN PKG
Oleh:buksha

Pusat Kegiatan Guru (PKG) bukanlah nama asing lagi di kalangan guru.Langkah Kementerian Pendidikan mewujudkan PKG sepuluh tahun lalu sememangnya satu usaha yang murni yang bermatlamat membantu guru,pelajar dan sekolah.PKG dapatlah diibaratkan seperti gedung yang berfungsi sebagai pusat rujukan,ilmu,pendidikan dan peningkatan profesionalisme guru.
Menuju ke arah tersebut,penyelaras PKG dilantik dikalangan guru-guru yang menghabiskan masa kerja seawal 8.00 pagi hingga 4.30 petang.Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pendidikan sudah pasti membelanja peruntukan yang besar untuk melengkapkan prasarana yang dapat membantu memantapkan fungsi PKG.Manakala penyelaras pula tentulah telah didedahkan dengan pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan PKG.Tugas sebagai penyelaras bukanlah mudah seperti yang disangkakan.Dari urusan pentadbiran,kewangan,pengurusan hinggalah kepada aspek kebersihan dan keceriaan terpaksa dilakukan oleh penyelaras.
Mungkin kesibukana dan bebanan tugas penyelaras, PKG sebenarnya tidak menonjolkan imej yang sebenar.Mungkin ada yang terkejut bilamana menjenguk ke PKG.Buku-buku yang berselerak di rak,tidak dikatalog,dan rekod pinjaman yang tidak kemas,peralatan yang berselerak dan carta organisasi yang tidak kemaskini.
Tidak pelik jika ada kalangan guru sendiri yang tidak mengetahui fungsi PKG dan apa yang beliau boleh perolehi di PKG.Mungkin PKG sinonim sebagai tempat kursus atau bermesyuarat bagi guru-guru biasa.Untuk menggunakan kemudahan di PKG juga sukar dan bergantung kepada kerenah penyelaras.Dengan kemudahan serba canggih (dibanding yang terdapat di sekolah) amatlah malang kiranya sukar untuk guru mengenali dan menggunakan kemudahan tersebut.PKG juga telah dibekalkan dengan sambungan internet dengan menambah laluan khusus.Namun kemudahan ini tidak dapat digunakan semudahnya oleh guru-guru.Walhal ada kalangan guru sendiri yang “buta internet”.Sewajarnya kemudahan ini dapat digunakan oleh guru sebagai asas pengenalan.
Bukanlah untuk mencari kelemahan penyelaras sebaliknya marilah sama menilai semula keberkesanan PKG yang telah diperuntukan berjuta ringgit untuk merealisasikan perkembangan pendidikan.Usah ada lagi di kalangan guru yang mengenali Pusat Kegiatan Guru melalui bangunanya tetapi tidak pernah menjejaki kaki ke sana.
 
buksha@hehe.com

 
PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com