.~Isu:
6
Garis Panduan
Pemberian Cuti Sambilan
10 Asas yang
boleh dipertimbang untuk pemberian cuti sambilan
1. Untuk menziarahi
"ahli keluarga" atau "ahli keluarga yang rapat" yang sakit tenat atau meninggal
dunia.
2. Untuk menyertai
upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan itu.
3. Dalam keadaan
kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
4. Menunaikan fardhu
haji - sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah ditetapkan
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 tidak mencukupi.
5. Kursus suaikenal
bagi kursus luar kampus
6. Majus Konvokesyen
bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau "ahli keluarga".
7. Menghadiri temuduga
perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan yang diluluskan oleh Suruhanjaya
Perichidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perichidmatan
Awam atau Jabatan Pendidikan Negeri.
8. Perkahwinan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan berkenaan atau anak-anak mereka.
9. Menghantar "ahli
keluarga" atan "ahli keluarga rapat" menunaikan fardhu haji.
10. Mendaftar anak
ke Institut Pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh.
Tafsiran
1. Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan bermaksud semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar
di sekolah/maktab/institusi termasuk Penolong-Penolong Kanan/Penyelia Petang,
Guru Besar dan Pengetua (tidak termasuk Pengetua & Naib Pengetua Maktab
Perguruan/Politeknik).
2. "Ahli Keluarga"
ertinya suami atau isteri dan anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
itu.
3. "Ahli Keluarga
yang rapat" ertinya Ibubapa, adik-beradik, mertua, datuk dan nenek kepada
suami/isteri kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu.
4. "Sanak saudara"
bermakna adik-beradik, ibubapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada
pegawai.
|
|
|
|