|
 [ tentang dia ] [ tentang alam ]
HTML: hYPERtEXT mARKUP laNGUAGE
|
TapakKakiTM WebSite 1998 - 2007 | SMS: 012-9352147 | Email: mhusniutmkl@gmail.com |
|
KIT@ MINUM DULU
| ZZZZZZ
Z
|  |
Hari ini, Khamis, 25 Safar, 1428 atau 15hb Mac, 2007 2.00 pm
|
Penat betul hari ni. Sebenarnya aku yang penat, hari tak penat..
Selain dari cuba menyiapkan page ini apa yang terdaya, aku try apply keje kat internet. Aku try isi borang SPA 8i. Alamak aii... awat lembab bona server dia. 3 jam dok melangok depan pc. PC kat cyber cafe lak tu. Bertabur duit aku dihadiahkan kat tokei cc. Almaklum, umah aku takde Internet.. Akhirnya aku pun siap lah isi semua yang diperlukan. Tapi bila aku nak send aje, TAK BOLEH SEND! Aku terai dan terai dan terai, tak jalan jugak. Apolah nasib..
Last-last, aku balik umah, main Playstation 2: Fatal Frame.. bunuh hantu lagi baik.. (Fatal Frame ni game hantu jepun) Terfikir nak masuk Internet kat umah.. boleh jumpa balik kengkawan kat MiRc macam dulu-dulu.. tapi tak tau ah bila.
|
a020
Resepi 15 - KEGUNAAN <!-- comment -->

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam tag-tag HTML
04. Tag <!-- comment -->
Cara membuat:
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Tag <!-- comment --> adalah sejenis tag yang kita gunakan sebagai 'alat penanda' atau alat pemberitahu, apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan pada sesebuah aturcara. Dimana kita berhenti mengaturcara pada hari ini, apa yang akan kita lakukan atau sambung pada hari esok, dan lain-lain. Kegunaannya juga adalah untuk membantu kita mengingat, mengenalpasti dan mempromosi, bahawa ini adalah hasil kerja kita.
Sesuatu yang unik tentang tag <!-- comment --> ini, arahannya dibaca oleh browser, dan arahan kita itu adalah menyuruh browser mengendahkan tag ini untuk dipaparkan. Ini adalah rahsia antara kita dan browser. Syyyy... ^^
Tag <!-- comment --> ini juga boleh kita gunakan di mana-mana dalam Notepad, membuatkannya lebih unik lagi.
Cara meletakkan aturcaranya adalah seperti contoh di bawah (saya selalu kata contoh, sebab seboleh-bolehnya keluarkan idea sendiri berdasarkan contoh yang saya beri agar dapat kita mengkreatifkan output yang mungkin terhasil):
<html>
<head>
<title> Mengidentitikan Aturcara Saya Sendiri </title>
</head>
<body>
<!-- stail pertama gunakan tag comment -->
<!--
+========== cara kedua gini pun boleh ===========+
| |
| Nama : John Labu bin Jesse Labi |
| Degree : L.E.M-B.U |
| School : Sekolah Kanak-kanak Pandai, Labu |
| Syarat : Skrip di bawah boleh disalin, tapi |
| pelis jangan buang identiti ini yach! |
+================================================+
-->
Tak tau lak nak tulis ape...Jangan mara aa...
<!-- Dalam cara ke-3 ini, -->
<!-- saya boleh pecahkan kepada -->
<!-- beberapa perenggan, -->
<!-- terpulang kepada citarasa saya -->
</body>
</html>
|
Pada aturcara diatas, saya telah menggunakan tag <!-- comment --> 3 kali dalam pelbagai cara (sengaja saya besarkan saiz tag nya). Tidak seperti tag lain, pembuka dan penutupnya adalah berbeza.
Dan outputnya adalah begini:
Mengidentitikan Aturcara Saya Sendiri |    |
|
Tak tau lak nak tulis ape...Jangan mara aa...
|
Dapatlah kita perhatikan, output yang terpapar pada browser hanyalah teks yang tidak berada di dalam naungan tag <!-- comment -->. Perkataan tu ada, tapi tak nampak.. Kalau nak tengok, buka Sourcenya dan lihat aturcaranya pada Notepad.
Sudah Lupa ?_
Mari kita mengimbas kembali.
Cara untuk melihat kembali aturcara daripada browser.
- Pada menu di browser, klik perkataan View
- Kemudian klik perkataan Source [Internet Explorer]
- Kemudian klik perkataan Page Source [Firefox & Netscape]
|
|
|
a021
Resepi 16 - WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam asas-asas HTML
04. Pensil warna, Water colour dan drawing board (just kidding...)
Cara membuat:
Hermph.. Ini adalah salah satu bahagian yang saya tunggu-tunggu nak kongsi bersama.. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam apa-apa jua keadaan. Kalau kita rasa pening-pening, pitam-pitam, orang kata tengok daun-daun hijau. Otak boleh jadi tenteram. Ada orang kata jangan terlalu memandang benda putih likat, macam snow (salji). Mata boleh buta. Kalau kita tengok muka orang tu merah semacam aje, itu tandanya sama ada dia terlalu segan atau terlalu geram nak belasah orang. Semuanya warna memainkan peranan! Ia juga membantu kita untuk mengelak daripada di belasah..
Warna di bahagikan kepada dua keadaan am, iaitu 'warna sebutan' dan 'warna komputer' Warna sebutan adalah warna-warna yang kita panggil
- blue
- yellow
- green
- red
- black
- white
- orange
Dan beberapa warna sebutan yang kita jarang sebut iaitu:
- navy
- cyan
- magenta
- gold
Manakala warna-warna komputer yang saya maksudkan adalah warna-warna asas yang digabungkan iaitu:
- red
- green
- blue
Yang ditulis sebegini:
#rrggbb (red red green green blue blue) <-- ada 6 warna
Daripada penggabungan-penggabungan #rrggbb ini, maka terhasillah banyak warna sekunder dan tertier. Terdapat lebih dari 268,435,455 jenis warna (dua ratus enam puluh.. lapan juta, empat ratus.. tiga puluh lima ribu dskfhifhdkk - lidah terbelit) yang boleh dikeluarkan oleh warna. Biasanya imej-imej foto yang kita ambil melalui kamera adalah imej-imej yang mempunyai jutaan warna gabungan ini.
Tetapi di browser, kita tidak akan dapat menggunakan kesemua warna ini. Itu adalah realitinya. Lagipun, do we even bother untuk ingat banyak-banyak warna ?
Kita tahu secara semulajadi bahawa kita memang boleh mewarnakan sesuatu pada page kita untuk kelihatan lebih cantik. Dan kita juga tahu wujudnya warna-warna sebutan yang saya nyatakan diatas. Tetapi apakah warna untuk "warna-warna komputer" ini?
Berdasarkan panduan #rrggbb , jika red digabungkan dengan green, kemudian digabung dengan red sekali lagi (red, green, blue masing-masing ada 2) akan menghasilkan warna apa ?
Untuk menjawab persoalan ini, kita akan pergi ke Resepi seterusnya dimana kita akan melihat secara terperinci warna-warna yang dapat kita gunakan dalam kumpulan warna-warna komputer ini.
|
a022
Resepi 17 - 216 PALET WARNA SELAMAT

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam asas HTML
Cara membuat:
Daripada warna #rrggbb ini akan menghasilkan kira-kira 268,435,455 jenis warna (dua ratus enam puluh.. lapan... apa tadi..?) dan seperti yang saya katakan pada tutorial sebelum ini, kita tidak mungkin menggunakan kesemuanya.
Juga, browser pun tidak berupaya untuk memaparkan begitu banyak warna untuk sesebuah page kecuali jika warna itu adalah warna asal daripada sebuah imej (foto).
Daripada jutaan warna ini hanya beberapa ribu atau ratus sahaja yang boleh dipaparkan oleh sesebuah browser, tetapi oleh kerana setiap browser itu berlainan sifat penerimaan, kompatibiliti dan kebolehan paparan warnanya, hanya 216 warna sahaja yang paling selamat digunakan oleh semua browser.
Paling selamat disini bermaksud, warna-warna yang selain daripada 216 warna ini mungkin akan disalah tafsirkan oleh browser lain dan akibatnya browser akan memproses warna yang berlainan daripada warna asal yang kita hendak. Sebagai contoh, warna hijau yang kita letak pada page kita tidak semestinya ditafsir dengan warna yang sama oleh browser yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Warna hijau yang bagaimana ? Warna hijau pekat ? Warna hijau malap ? Warna hijau pucat ? Dan sebagainya..
Terlebih dahulu, saya akan paparkan senarai 216 palet warna selamat (216 safe color pallette).
216 KOD WARNA
Jadual Variasi Warna Pertama
#ffffff | #ffffcc | #ffff99 | #ffff66 | #ffff33 | #ffff00 |
#ffccff | #ffcccc | #ffcc99 | #ffcc66 | #ffcc33 | #ffcc00 | #ff99ff | #ff99cc | #ff9999 | #ff9966 | #ff9933 | #ff9900 |
#ff66ff | #ff66cc | #ff6699 | #ff6666 | #ff6633 | #ff6600 |
#ff33ff | #ff33cc | #ff3399 | #ff3366 | #ff3333 | #ff3300 |
#ff00ff | #ff00cc | #ff0099 | #ff0066 | #ff0033 | #ff0000 |
Jadual Variasi Warna Kedua
#ccffff | #ccffcc | #ccff99 | #ccff66 | #ccff33 | #ccff00 |
#ccccff | #cccccc | #cccc99 | #cccc66 | #cccc33 | #cccc00 |
#cc99ff | #cc99cc | #cc9999 | #cc9966 | #cc9933 | #cc9900 |
#cc66ff | #cc66cc | #cc6699 | #cc6666 | #cc6633 | #cc6600 |
#cc33ff | #cc33cc | #cc3399 | #cc3366 | #cc3333 | #cc3300 |
#cc00ff | #cc00cc | #cc0099 | #cc0066 | #cc0033 | #cc0000 |
Jadual Variasi Warna Ketiga
#99ffff | #99ffcc | #99ff99 | #99ff66 | #99ff33 | #99ff00 |
#99ccff | #99cccc | #99cc99 | #99cc66 | #99cc33 | #99cc00 |
#9999ff | #9999cc | #999999 | #999966 | #999933 | #999900 |
#9966ff | #9966cc | #996699 | #996666 | #996633 | #996600 |
#9933ff | #9933cc | #993399 | #993366 | #993333 | #993300 |
#9900ff | #9900cc | #990099 | #990066 | #990033 | #990000 |
Jadual Variasi Warna Keempat
#66ffff | #66ffcc | #66ff99 | #66ff66 | #66ff33 | #66ff00 |
#66ccff | #66cccc | #66cc99 | #66cc66 | #66cc33 | #66cc00 |
#6699ff | #6699cc | #669999 | #669966 | #669933 | #669900 |
#6666ff | #6666cc | #666699 | #666666 | #666633 | #666600 |
#6633ff | #6633cc | #663399 | #663366 | #663333 | #663300 |
#6600ff | #6600cc | #660099 | #660066 | #660033 | #660000 |
Jadual Variasi Warna Kelima
#33ffff | #33ffcc | #33ff99 | #33ff66 | #33ff33 | #33ff00 |
#33ccff | #33cccc | #33cc99 | #33cc66 | #33cc33 | #33cc00 |
#3399ff | #3399cc | #339999 | #339966 | #339933 | #339900 |
#3366ff | #3366cc | #336699 | #336666 | #336633 | #336600 |
#3333ff | #3333cc | #333399 | #333366 | #333333 | #333300 |
#3300ff | #3300cc | #330099 | #330066 | #330033 | #330000 |
Jadual Variasi Warna Keenam
#00ffff | #00ffcc | #00ff99 | #00ff66 | #00ff33 | #00ff00 |
#00ccff | #00cccc | #00cc99 | #00cc66 | #00cc33 | #00cc00 |
#0099ff | #0099cc | #009999 | #009966 | #009933 | #009900 |
#0066ff | #0066cc | #006699 | #006666 | #006633 | #006600 |
#0033ff | #0033cc | #003399 | #003366 | #003333 | #003300 |
#0000ff | #0000cc | #000099 | #000066 | #000033 | #000000 |
Diatas adalah warna-warna selamat yang disyorkan penggunaannya, selain daripada wana-warna sebutan blue, yellow, green, red, black, white, orange, navy, cyan, magenta dan gold
Juga perhatikan pada 216 palet warna diatas, setiap warna itu diwakili oleh # dan disusuli dengan nombor. Nombor-nombor ini mewakili warna-warna #rrggbb yang saya maksudkan, mengikut variasi warna dalam jadual di atas.
Warna hitam diwakili dengan #000000 dan warna putih diwakili dengan #ffffff. Diantara dua warna ini, kita boleh memilih warna-warna selebihnya dengan panduan daripada variasi-variasi warna diatas.
Jadi, warna hijau bagaimana yang anda maksudkan sebenarnya... ? ^^
Cerita warna tidak berakhir disini. Dalam tutorial saya akan datang, saya akan mengaitkan penggunaan warna ini dalam pembinaan web page kita yang seterusnya, InsyaAllah.
|
a023
Resepi 18 - <font face>, <font color> dan <font size>

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam tag-tag HTML
04. Tag baru iaitu <font face>, <font color> dan <font size>
Cara membuat:
Sesebuah teks itu mempunyai pelbagai jenis bentuk seperti yang biasanya dapat kita lihat di poster-poster, surat khabar, televisyen, bahan-bahan bacaan, juga di laman-laman web. Teks bertindak sebagai medium penarik seseorang pelayar itu melayari laman web kita selain daripada penggunaan imej.
Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana caranya menggunakan teks, bentuk teksnya yang bagaimana, saiz teks itu dan juga warna apakah yang sesuai di'pakai' oleh teks itu.
Kita akan melihat kepada 3 sifat yang boleh diubah pada teks. Ianya adalah:
- <font face=" ???? "> . . . </font>
- <font color=" ???? "> . . . </font>
- <font size=" ???? "> . . . </font>
Masih ingat tak lagi saya ada menyatakan tag <font face> ini sebelum ini pada Resepi kita yang ke 9 ?.
<font face> mewakili rupa bentuk sesebuah teks. Terdapat pelbagai jenis rupa bentuk teks (font face) yang boleh kita download dari Internet atau pun yang boleh kita beli di kedai-kedai software. Antara yang paling popular digunakan adalah:
- Verdana - ditulis pada aturcara sebagai <font face="verdana">
- Arial - ditulis pada aturcara sebagai <font face="arial">
- Helvetica - ditulis sebagai <font face="helvetica">
- Times New Roman - ditulis sebagai <font face="times new roman">
- Comic Sans Ms - ditulis sebagai <font face="comic sans ms">
Untuk jenis-jenis font di atas, tak payah beli pun... jika anda menggunakan Windows sebagai Operating System (Sistem Pengoperasi), jenis-jenis font ini telah pun sedia ada.
Dalam contoh-contoh output yang saya gunakan pada tutorial-tutorial sebelum ini, saya telah menggunakan teks berupabentuk verdana kerana bentuk teksnya yang kemas dan mudah dibaca berbanding jenis-jenis font yang lain. Teks yang anda sedang baca ini pun berupabentuk teks verdana. Awal-awal tutorial lagi telah saya gunakan penggunaan tag <font face> ini. Ianya bertujuan untuk anda fokus pada output dan tidak perlu risau tentang perubahan output pada teks dalam contoh-contoh yang saya gunakan.
Tetapi output-output selepas ini akan mengikut seperti jenis <font face> yang betul mengikut pilihan yang anda buat. Sekarang, anda perlu lihat bagaimanakah output teks yang sepatutnya anda dapat.
Pada contoh aturcara yang lengkap, kita tulis seperti contoh di bawah:
<html>
<head>
<title> Menggunakan Tag <font face> </title>
</head>
<body>
<font face="comic sans ms">
Saya menggunakan rupabentuk teks "Comic Sans Ms" untuk contoh output ini
</font>
</body>
</html>
|
Juga perhatikan bahawa tag <font face> ini mempunyai tag penutup </font>. Kita boleh mengubah nama rupabentuk teks ini jika tidak mahu menggunakan jenis Comic Sans Ms kepada lain-lain jenis rupabentuk teks, terpulang kepada apa yang kita sukai.
Mari kita lihat output untuk aturcara di atas
Menggunakan Tag <font face> |    |
|
Saya menggunakan rupabentuk teks "Comic Sans Ms" untuk contoh output ini
|
<font size>, seperti namanya mewakili saiz sesebuah teks dalam beberapa ukuran, iaitu:
- <font size="1">
- <font size="2">
- <font size="3">
- <font size="4">
- <font size="5">
- <font size="6">
- <font size="7">
Saiz terkecil adalah 1 dan saiz terbesar adalah 7. Jika kita meletakkan saiz 8 ke atas untuk <font size> ini maka ianya tidak akan membesar lagi. Hadnya hanyalah sehingga saiz yang ke tujuh.
Contoh aturcaranya:
<html>
<head>
<title> Menggunakan Tag <font face> dan <font size> </title>
</head>
<body>
<font face="verdana">
Teks ini bersaiz <font size="7"> PALING BESAR </font> <p>
Teks ini bersaiz <font size="1"> PALING KECIK </font>
</font>
</body>
</html>
|
Saya telah menggunakan <font face="verdana"> bersama dengan 2 jenis <font size> untuk aturcara ini.
Outputnya:
<font color> pula mewakili warna yang boleh kita beri pada sesebuah teks itu. Kita boleh memberikan warna dalam kumpulan warna-warna sebutan atau kumpulan warna-warna komputer (216 warna) - sila rujuk Resepi 16 dan 17 untuk panduan.
Saya akan memberikan 2 contoh aturcara dan outputnya untuk panduan.
Contoh 1: Menggunakan warna sebutan
<html>
<head>
<title> Menggunakan Tag <font face> dan <font color> </title>
</head>
<body>
<font face="arial">
Teks ini berwarna <font color="magenta"> UNGGU </font>
</font>
</body>
</html>
|
Pada aturcara di atas, saya telah menggunakan <font face="arial"> bersama dengan <font color> menggunakan warna sebutan. Juga perhatikan ejaan color, bukan colour
Output untuk contoh 1 diatas
Menggunakan Tag <font face> dan <font color> |    |
|
Teks ini berwarna UNGGU
|
Contoh 2: Menggunakan warna komputer (216 warna)
<html>
<head>
<title> Menggunakan Tag <font face> dan <font color> </title>
</head>
<body>
<font face="times new roman">
<font color="#339933">Keseluruhan teks ini berwarna HIJAU </font>
</font>
</body>
</html>
|
Pada aturcara di atas, saya telah menggunakan <font face="times new roman"> bersama dengan <font color> menggunakan warna komputer (216 warna). Kali ini, saya telah mewarnakan keseluruhan teks. Juga perhatikan ejaan color, bukan colour.
Kita boleh menggabungkan atribut-atribut font ini di dalam satu tag yang panjang seperti contoh di bawah:
- <font face="helvetica"> + <font color="#000000">
= <font face="helvetica" color="#000000"> ; atau
- <font size="2"> + <font face="arial"> + <font color="red">
= <font size="2" face="arial" color="red"> ; atau
- <font color="blue"> + <font size="7">
= <font color="blue" size="7"> dan sebagainya.
Penggunaan tag-tag yang panjang banyak kebaikannya, tetapi penggunaannya yang tidak berhati-hati akan mengakibatkan ralat (error) pada output.
Output untuk contoh 2 diatas
Menggunakan Tag <font face> dan <font color> |    |
|
Keseluruhan teks ini berwarna HIJAU
|
Teks yang terlalu terang pada latar belakang (background) putih dan lain-lain background yang terang akan mengakibatkan sesebuah teks itu sukar untuk di baca. Untuk menyelesaikan masalah ini, ada dua cara, iaitu:
- Menukar warna teks itu kepada warna yang lebih gelap; atau
- Menukar warna latar belakang (background) page anda
^^ Pada resepi kita yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana untuk mewarnakan latar belakang.
|
a024
Resepi 19 - MEWARNAKAN BACKGROUND

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam warna - Resepi 16 hingga 17
04. Mahir dalam tag-tag asas HTML
05. Mahir dalam asas-asas pembinaan laman web
Cara membuat:
Sepatutnya di kala ini, apabila kita mendengar sahaja bahawa, jika terdapat tag-tag baru yang boleh kita tambah di dalam laman web kita secara aturcara HTML khasnya, kita sudah tahu dimana bakal letaknya tag baru ini. Kesemua tag yang bertujuan memaparkan sesuatu di browser, tak kira garisan melintang ke... teks ke... warna ke... semuanya mestilah berada di dalam kawasan naungan <body> . . . </body>.
Walau bagaimanapun, perletakan aturcara untuk mewarna latar belakang sesebuah mukasurat web page itu adalah sedikit berlainan lokasinya.
Untuk mewarnakan latar belakang, aturcaranya mesti di lakukan di dalam tag <body> itu sendiri.
Maka sekarang kita tahu bahawa, tag <body> juga mempunyai atribut atau sifat-sifat nya yang tersendiri. Bukan hanya satu, tapi ada lagi beberapa yang perlu saya tunjukkan nanti. Sekarang, kita akan fokuskan salah satu daripadanya.
Cara perletakan aturcara untuk mewarnakan latar belakang web page adalah seperti di bawah:
<html>
<head>
<title> Mewarnakan Latar Belakang Web Page </title>
</head>
<body bgcolor="yellow">
<font size="5" face="comic sans ms">
My Colourful<br>
PAGE !
</font>
</body>
</html>
|
Untuk contoh aturcara diatas, saya telah menambahkan atribut dalam tag <body> iaitu atribut bgcolor="yellow" (bgcolor = background color).
Juga perhatikan untuk teks nya pula, saya telah menggabungkan <font size> dan <font face> bersama, iaitu
<font size="5" face="comic sans ms">
Ini adalah cara menggabungkan font size, face dan color dalam satu tag, jika anda masih ingat lagi pada tutorial sebelum ini.
Mari kita lihat outputnya:
Mewarnakan Latar Belakang Web Page |    |
|
My Colourful
PAGE !
|
Andaikan Latar Belakang Page Kita Hitam_
Jika latar kita berwarna hitam, maka keadaan teks itu harus diubah kepada warna terang. Begitulah juga sebaliknya jika warna latar kita berwarna terang, maka teks haruslah berwarna gelap.
Walaupun prinsip ini nampak macam tidak perlu diterangkan, tetapi kita biasanya akan melakukan kesilapan ini every now and then. Contohnya apabila kita hendak melakukan editan pada latar, tetapi terlupa bahawa warna teks kita juga sama atau seakan sama dengan warna latar; mengakibatkan teks itu sukar di baca.
|
Sesuatu penerangan tanpa contoh agak sukar untuk di bayangkan. Maka di bawah adalah contoh aturcara bersama outputnya.
<html>
<head>
<title> Mewarnakan Latar Belakang HITAM </title>
</head>
<body bgcolor="black">
<!-- lihat saya menggabungkan 3 atribut font bersama -->
<font size="5" face="verdana" color="red">
KUAT KAYU KERANA PENGIKAT,<br>
KUAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT<br>
</font>
<br>
<!-- dibawah, saya menggunakan satu atribut font sahaja -->
<font color="gold">
Or Something Like That...
</font>
</body>
</html>
|
Pada tahap pemahaman kita di peringkat ini, kita patut sudah boleh memahami aturcara diatas, InsyaAllah.
Dan outputnya:
Mewarnakan Latar Belakang Web Page |    |
|
KUAT KAYU KERANA PENGIKAT,
KUAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
Or Something Like That...
|
Kita juga boleh menggunakan warna-warna dalam kumpulan 216 warna selamat.
|
a025
Resepi 20 - TAG <center>

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam asas HTML
Cara membuat:
Perkara pertama yang harus diambil perhatian, perhatikan ejaannya.
Tag <center> tidak di eja sebagai centre.
Kegunaan atau fungsi tag ini hanya satu -- memaparkan output dalam keadaan ianya diposisikan di tengah, bergantung pada dimana ianya digunakan.
Suka saya memberi contoh untuk anda lihat.
Jika saya ingin memberi posisi kepada teks saya ditengah-tengah perenggan.
Maka
<html>
<head>
<title> Memposisikan Teks ke tengah </title>
</head>
<body bgcolor="#cccccc">
<!-- memposisikan teks di tengah perenggan -->
<center>
<font size="3">
IM THE MIDDLE TEXT !<br>
FEAR ME !!<br>
</font>
</center>
Ini adalah keadaan teks biasa yang tidak diposisikan (normal)
</body>
</html>
|
Maka output nya adalah seperti di bawah:
Sila lihat pada aturcara di atas, jika <font face> tidak diberikan rupabentuknya atau tidak diberikan langsung (pada aturcara diatas hanya diberikan saiz font), maka secara default, ianya adalah dalam rupabentuk Times New Roman
Dengan kata lain, jika anda ingin menggunakan teks yang berupabentuk Times New Roman, anda tidak lagi perlu specify <font face="times new roman"> lagi. Cukup dengan menaip sahaja teks anda dan browser akan memproses outputnya dalam teks yang berupabentuk Times New Roman secara default.
|
a026
Resepi 21 - TAG HEADER

Bahan-bahan:
01. Notepad
02. Browser
03. Pengetahuan dalam membina laman web asas
Cara membuat:
Terdapat 5 jenis Header dalam keluarganya iaitu bermula dari H1 hingga ke H5 di mana H1 adalah Header yang bersaiz paling besar, dan H5 adalah yang bersaiz paling kecil.
Dengan menggunakan Header, kita seolah-olah akan menggabungkan penggunaan <font size> dan tag <b> serentak. Ini adalah sifat bagi Header.
Saya sangat jarang menggunakan Header, tetapi ianya adalah juga jenis-jenis tag yang perlu kita tahu.
Contoh-contoh output jika menggunakan Header adalah seperti di bawah:
The Header Family_
<h1> HEADER 1 </h1> | HEADER 1 |
<h2> HEADER 2 </h2> | HEADER 2 |
<h3> HEADER 3 </h3> | HEADER 3 |
<h4> HEADER 4 </h4> | HEADER 4 |
<h5> HEADER 5 </h5> | HEADER 5
|
|
Atribut bagi Header
Atribut bagi Header adalah suatu atribut yang sangat berguna. Kita boleh memposisikan teks yang dikawal oleh Header ini di kiri, kanan dan tengah perenggan.
Memposisikan Header ke kiri
<html>
<head>
<title> Memposisikan Header ke kiri </title>
</head>
<body bgcolor="#cccccc">
<h4 align="left"> POSISI DEFAULT </h4>
</body>
</html>
|
Outputnya:
Memposisikan Header ke kiri |    |
|
POSISI DEFAULT
|
Jika sesuatu output itu dikatakan 'default', maka arahan posisinya tidak lah perlu diletakkan lagi. Maka tidak perlu specify <h4 align="left">. Terus sahaja letakkan <h4> tanpa memberitahu posisi default itu, sama seperti <font face="times new roman">.
Memposisikan Header ke kanan
<html>
<head>
<title> Memposisikan Header ke kanan </title>
</head>
<body bgcolor="#cccccc">
<!-- saya telah meletakkan tag <font face> sekali -->
<font face="verdana">
<h4 align="right"> POSISI KE KANAN </h4>
</font>
</body>
</html>
|
Outputnya:
Memposisikan Header ke kanan |    |
|
POSISI KE KANAN
|
Perhatikan pada contoh output di atas pula, saya telah meletakkan atribut <font> dan ia digunakan bersama dengan tag Header. Kita juga boleh melakukan aturcara kita begini.
Memposisikan Header ke tengah
<html>
<head>
<title> Memposisikan Header ke tengah </title>
</head>
<body bgcolor="#cccccc">
<!-- lebih banyak penggunaan atribut <font> -->
<font face="comic sans ms" color="#cc6666">
<h4 align="center"> POSISI DI TENGAH </h4>
</font>
</body>
</html>
|
Outputnya:
Memposisikan Header ke tengah |    |
|
POSISI DI TENGAH
|
Kebolehan kita memanipulasikan sesebuah Tag itu bergantung kepada pemahaman yang telah kita perolehi sepanjang memahami aturcara HTML. Kita telah lihat bahawa tag boleh digabungkan bersama dengan tag-tag lain untuk membina sebuah output yang lebih cantik, namun ianya memerlukan aturcara yang lebih panjang, dan kadangkala rumit. Jadi kita kenalah berhati-hati di dalam menambah aturcara-aturcara yang kita hendak supaya tidak berlaku ralat dalam menunjukkan output pada browser.
Kita telahpun mempelajari hampir 25% - 35% daripada keseluruhan aturcara HTML. Saya pun sampai sekarang tak dapat nak kata saya tahu 100% tentang HTML kerana masih banyak kekurangan. Apa yang dapat saya tunjukkan sehingga ke akhir tutorial ini nanti maybe akan merangkumi dalam 70% - 80% aje. Yang selebihnya, carik le kat Internet.. asalkan kita sudah betul-betul faham asasnya, selebihnya bergantung pada daya imaginasi dan pemahaman kita yang berbeza-beza.
Pengetahuan itu adalah sumber rezeki kita di hari-hari kemudian.
Jumpa lagi lain kali, InsyaAllah.
Sekianlah.
|
 |  | Some People Came Into Our Lives And Quickly Go Away, Some Stay For A While And Leave Footprints Into Our Hearts, And We Will Never Be The Same |
|
 wanna be friends? MHusniUtmKL @ gmail.com at your service |
please take your time a minute or two to look at the picture below: |
Dan jangan lah pula kita bersedih semata-mata untuk mempersoalkan ketentuan Allah Kerana alangkah beruntungnya mereka di Akhirat kelak... adakah kita seuntung mereka ? |
 guys, kalau ada forward yang bet, please emelkan kepada aku ok? thankx
^ skroll kat atas ^ |
INGAT JANJI? Pada satu masa yang ditetapkan, kita pasti dirisik. Pertunangan sejak azali. Dihujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak. Tamu bertandang menghadiahkan tangisan. Pengantin dimandikan, dipakaikan baju putih. Wangian gaharu cendana jadi pelamin. Pengantin bersanding sendirian, diarak keliling kampung, berkompang azan dan kalimah kudus. Akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad, bersaksikan nisan. Siraman mawar keluarga terdekat. Malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah dan menuntut janji pernikahan.. |
 korang ada link ke site yang offer lagu-lagu mp3 yang bet? kasi kat aku alamat eh boley? emel kat aku eh?
^ skroll kat atas ^ |
cari mp3 F.Fantasy I - XIII ? ffextreme.com |
JANGAN, YA ALLAHKetika aku sedang terlelap Jangan matikan aku ya Allah
Bilamana dunia membutakan matahatiku, Jangan matikan aku ya Allah Ketika umurku tenggelam tiada erti, Jangan matikan aku ya Allah Tatkala langkahku terseret khayalan, Jangan matikan aku ya Allah Ketika lidahku kelu dengan zikirmu, Jangan matikan aku ya Allah Ketika jiwaku hampa dengan rahmatmu, Jangan matikan aku ya Allah Ketika diriku terasa ringan menabur perih, Jangan matikan aku ya Allah
Ketika hatiku penuh lumpur kenistaan, Jangan matikan aku ya Allah Ketika nama-Mu berat dalam hatiku, Jangan matikan aku ya Allah Ketika nama-Mu berat dalam nafasku, Jangan matikan aku ya Allah Tapi, andai diriku ini di dalam keredhaan- Mu,
Matikanlah aku...
Oleh: <|man76|>
|
Ilmu Adalah Langit Ilmu Adalah Samudera Lama Sudah Ku Berjalan Tiada Lagi Ku Tampak HujungnyaPendeta Za'aba |
SYAIR RABI'ATUL ADAWIYAH AL-I'TIROOF (Haddad Alwi) Ilaahi lastu Lilfirdausi ahlan, Walaa aqwaa 'alannaaril jahiimi. Fahabli taubatan Waqhfir dzunuubi, Fa innaka Ghoofiruddzambil 'adziimi. Dzunubii mitslu A'daadir rimaali, Fahabli taubatan Yaa dzaljalaali. Wa'umrii naaqishun Fiikulliyaumi, Wa dzambii zaa-idun Kaifahtimali. Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka, Muqirron biddzunuubi Waqod da'aaka. Fa in taghfir fa anta Lidzaaka ahlun, Wa in tadrud Faman narjuu siwaaka. |
Kalendar Islam 1428 2007
Bermula: 11 Zulhijjah, 1427 | 1 Januari, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 | 11 1 | 12 2 | 13 3 | 14 4 | 15 5 | 16 6 |
17 7 | 18 8 | 19 9 | 20 10 | 21 11 | 22 12 | 23 13 |
24 14 | 25 15 | 26 16 | 27 17 | 28 18 | 29 19 |
|
|
Bermula: 1 Muharram, 1428 TAHUN BARU | 20 Januari, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  |  |  | 1 20 |
2 21 | 3 22 | 4 23 | 5 24 | 6 25 | 7 26 | 8 27 |
9 28 | 10 29 | 11 30 | 12 31 | 13 1 | 14 2 | 15 3 |
16 4 | 17 5 | 18 6 | 19 7 | 20 8 | 21 9 | 22 10 |
23 11 | 24 12 | 25 13 | 26 14 | 27 15 | 28 16 | 29 17 |
30 18
|
|
Bermula: 1 Safar, 1428 | 19 Februari, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 | 1 19 | 2 20 | 3 21 | 4 22 | 5 23 | 6 24 |
7 25 | 8 26 | 9 27 | 10 28 | 11 1 | 12 2 | 13 3 |
14 4 | 15 5 | 16 6 | 17 7 | 18 8 | 19 9 | 20 10 |
21 11 | 22 12 | 23 13 | 24 14 | 25 15 | 26 16 | 27 17 |
28 18 | 29 19 |  |  |  |  |  |
|
Bermula: 1 Rabi'ul-Awwal, 1428 | 20 Mac, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  | 1 20 | 2 21 | 3 22 | 4 23 | 5 24 |
6 25 | 7 26 | 8 27 | 9 28 | 10 29 | 11 30 | 12 31 |
13 1 | 14 2 | 15 3 | 16 4 | 17 5 | 18 6 | 19 7 |
20 8 | 21 9 | 22 10 | 23 11 | 24 12 | 25 13 | 26 14 |
27 15 | 28 16 | 29 17 | 30 18 |  |  |  |
|
Bermula: 1 Rabi'ul-Akhir, 1428 | 19 April, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  | 1 19 | 2 20 | 3 21 |
4 22 | 5 23 | 6 24 | 7 25 | 8 26 | 9 27 | 10 28 |
11 29 | 12 30 | 13 1 | 14 2 | 15 3 | 16 4 | 17 5 |
18 6 | 19 7 | 20 8 | 21 9 | 22 10 | 23 11 | 24 12 |
25 13 | 26 14 | 27 15 | 28 16 | 29 17 |  |  |
|
Bermula: 1 Jumada al-Ula, 1428 | 18 Mei, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  |  | 1 18 | 2 19 |
3 20 | 4 21 | 5 22 | 6 23 | 7 24 | 8 25 | 9 26 |
10 27 | 11 28 | 12 29 | 13 30 | 14 31 | 15 1 | 16 2 |
17 3 | 18 4 | 19 5 | 20 6 | 21 7 | 22 8 | 23 9 |
24 10 | 25 11 | 26 12 | 27 13 | 28 14 | 29 15 |  |
|
Bermula: 1 Jumada al-Akhirah, 1428 | 16 Jun, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  |  |  | 1 16 |
2 17 | 3 18 | 4 19 | 5 20 | 6 21 | 7 22 | 8 23 |
9 24 | 10 25 | 11 26 | 12 27 | 13 28 | 14 29 | 15 30 |
16 1 | 17 2 | 18 3 | 19 4 | 20 5 | 21 6 | 22 7 |
23 8 | 24 9 | 25 10 | 26 11 | 27 12 | 28 13 | 29 14 |
30 15
|
|
Bermula: 1 Rejab, 1428 | 16 Julai, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 | 1 16 | 2 17 | 3 18 | 4 19 | 5 20 | 6 21 |
7 22 | 8 23 | 9 24 | 10 25 | 11 26 | 12 27 | 13 28 |
14 29 | 15 30 | 16 31 | 17 1 | 18 2 | 19 3 | 20 4 |
21 5 | 22 6 | 23 7 | 24 8 | 25 9 | 26 10 | 27 11 |
28 12 | 29 13 |  |  |  |  |  |
|
Bermula: 1 Sya'ban, 1428 | 14 Ogos, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  | 1 14 | 2 15 | 3 16 | 4 17 | 5 18 |
6 19 | 7 20 | 8 21 | 9 22 | 10 23 | 11 24 | 12 25 |
13 26 | 14 27 | 15 28 | 16 29 | 17 30 | 18 31 | 19 1 |
20 2 | 21 3 | 22 4 | 23 5 | 24 6 | 25 7 | 26 8 |
27 9 | 28 10 | 29 11 | 30 12 |  |  |  |
|
Bermula: 1 Ramadhan, 1428 | 13 September, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  | 1 13 | 2 14 | 3 15 |
4 16 | 5 17 | 6 18 | 7 19 | 8 20 | 9 21 | 10 22 |
11 23 | 12 24 | 13 25 | 14 26 | 15 27 | 16 28 | 17 29 |
18 30 | 19 1 | 20 2 | 21 3 | 22 4 | 23 5 | 24 6 |
25 7 | 26 8 | 27 9 | 28 10 | 29 11 | 30 12 |  |
|
Bermula: 1 Syawwal, 1428 | 13 Oktober, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  |  |  |  |  | 1 13 |
2 14 | 3 15 | 4 16 | 5 17 | 6 18 | 7 19 | 8 20 |
9 21 | 10 22 | 11 23 | 12 24 | 13 25 | 14 26 | 15 27 |
16 28 | 17 29 | 18 30 | 19 31 | 20 1 | 21 2 | 22 3 |
23 4 | 24 5 | 25 6 | 26 7 | 27 8 | 28 9 | 29 10 |
|
Bermula: 1 Zulqa'dah, 1428 | 11 November, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
1 11 | 2 12 | 3 13 | 4 14 | 5 15 | 6 16 | 7 17 |
8 18 | 9 19 | 10 20 | 11 21 | 12 22 | 13 23 | 14 24 |
15 25 | 16 26 | 17 27 | 18 28 | 19 29 | 20 30 | 21 1 |
22 2 | 23 3 | 24 4 | 25 5 | 26 6 | 27 7 | 28 8 |
29 9 | 30 10 |  |  |  |  |  |
|
Bermula: 1 Zulhijjah, 1428 | 11 Disember, 2007
|
A | I | S | R | K | J | S |
 |  | 1 11 | 2 12 | 3 13 | 4 14 | 5 15 |
6 16 | 7 17 | 8 18 | 9 19 | 10 20 | 11 21 | 12 22 |
13 23 | 14 24 | 15 25 | 16 26 | 17 27 | 18 28 | 19 29 |
20 30 | 21 31 | 22 1 | 23 2 | 24 3 | 25 4 | 26 5 |
27 6 | 28 7 | 29 8 |  |  |  |  |
|
|
DO IT ANYWAY People are often unreasonable, illogical and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friend and some true enemies. Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you. Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy it overnight. Built it anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow. Do good anyway.
Give the world your best and it may never be enough. Give the world your best anyway.
You see, in the final analysis, It is between you and GOD It was NEVER between you and them anyway.
by
Mother Theresa
|
ONSLAUGHT
...IS COMING... AGAIN! in back issues
|
PREVENT HP FROM BEING STOLEN
To check your hand phone's serial number, key in the following digits on your phone:
* # 0 6 #
A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset.
Write it down and keep it somewhere safe. Should your phone get stolen, you can phone/contact your service provider and give them this code. They will then be able
to block your handset so even if the thief changes the SIM card your phone will be totally useless.
You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody did this, there would be no point in stealing mobile phones.
From: zaidan karim spejli@hotmail.com
|
HARGA CINTA Apabila Kemiskinan Berada Di Ambang Pintu, Cinta Lari Di Ambang Tingkap
HAMKA
|
|