Home |  Pendeta  |  Pegawai gereja  |  Berita  |  Pengumuman  |  Gambar  | Buletin Gereja                                                                                   

 

Dari Pendeta gereja . . . . 

 

Subject: Penukaran Agama

Date: June 4, 2003

To: red_austen@yahoo.com.sg

 

Mesej:

 

Sedihnya cerita tentang diri anda dan kakakmu. Menurut kisah yang kamu telah paparkan dalam nota anda, saya telah mengambil kesimpulan. Pertama,  saya mendapati bahawa kamu adalah generasi "SDA tipikal" yang tidak berakar sepenuhnya dalam agama SDA.  Kedua, didapati bahawa kamu kurang mendapat bantuan serta bimbingan pada mulanya anda dan kakak anda mengalami gangguan dan  tekanan rohani. Ketiga, saya dapati bahawa anda masih mepunyai kepercayaan dan harapan kepada gereja SDA.

 

Saya ulas kenyataan saya yang pertama, generasi "SDA tipikal". Lazimnya, ramai muda-mudi SDA yang seringkali mendengar teguran "jangan! jangan buat ini-itu" apabila mereka sudha terpisah daripada ibu-bapa dan jauh dari kontak gereja, mereka akan mula berjinak-jinak dengan perkara yang ditegah.  Sebenarnya, semua ini adalah sebahagian daripada pengalaman yang membawa kepada keinsafan dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan yang positif. Saya percaya apa yang saya katakan ini adalah benar untuk anda, bahawa kamu telah mencuba perkara yang ditegah oleh kerana ingin tahu dan ingin memendam serta melupakan peristiwa yang pahit dalam hidup anda.

 

Oleh itu saya rasa bahawa anda masih lagi mencintai serta merindui agama asal anda. Selain daripada itu, anda juga ingin bahawa kakak anda akan kembali bersama dalam kepercayaan yang benar.  Saya rasa kamu tahu apa yang kamu harus lakukan apabila kamu mendengar kepada bisikan hati kecil anda yang menerusinya Roh Tuhan dapat berbisik lepada hati nuranimu.  Kami akan terus mendoakan untuk anda dan kakak anda supaya kamu berdua dapat disatukan kembali dalam pengharapan asal anda. Seterusnya, bersatu kembali dalam rumah tangga yang rukun damai.

 

Sekian. Sehingga lembaran yang menyusul. Tuhan memberkati.