KESIMPULAN DAN PENUTUP

  

Sebagai penutup , kursus ini boleh dianggap berjaya mencapai objektif dan matlamatnya. Peserta telah didedahkan dengan reformasi proses pentadbiran dan program permodenan yang diperkenalkan didalam sektor awam Malaysia; telah didedahkan kepada kefahaman konsep produktiviti dan kualiti didalam konteks sektor awam; di dedahkan kepada kefahaman dan  strategi menjalankan dan menggunakan kaedah TQM dan ISO 9000 didalam Perkhidmatan Awam Malaysia; di tunjukkan  kaedah dan peralatan didalam TQM dan proses dokumentasi ISO 9000; dan berjaya memperolehi dan bertukar pengalaman dan pandangan dikalangan peserta-peserta berbilang negara didalam meningkatkan produktiviti dan kualiti.

Kandungan kursus juga didapati adalah bersesuaian dengan topik-topik berkaitan produktiviti dan kualiti. Tumpuan terhadap aspek dan teori dan latihan sambil belajar sangat berfaedah. Pensyarah dan penceramah berjaya menyampaikan mesej yang dikehendaki. Interaksi penceramah dengan peserta juga amat mengalakkan dengan kesudian mereka menerima dan memberi maklumbalas yang mengalakkan. Tempoh kursus juga didapati bersesuaian.

Semua organisasi-organisasi yang berjaya telah menjalankan pengurusan  dan pentadbiran yang bersikap terbuka dan telus dan mengenepikan sentimen negatif terhadap  kakitangan-kakitangannya. Pentadbiran tersusun dan pengurusan yang mantap jelas dipertunjukkan dengan semua organisasi terlibat mempunyai visi, misi dan matlamat yang mantap serta mempraktikkannya. Organisasi terlibat juga mempunyai MPK/FM yang tersusun dan lengkap dan mengotakan dan menjalankan apa yang dikatakan. Suasana harmoni jelas kelihatan,  dedikasi serta semangat motivasi yang tinggi dikalangan pekerja terserlah. Pegawai-pegawai dan kakitangan tahu akan tugasan masing-masing kerana diberi latihan dan pendedahan berterusan. Pegawai-pegawai atasan membimbing dan menyatakan dengan jelas mengenai sesuatu tugasan ; bukan menyuruh atau mengarah.

Sasaran Kerja ditetapkan bersama dengan rundingan dan perbincangan diadakan secara telus; pihak pengurusan  menyediakan tugasan dan pegawai-pegawai cuba melaksanakan dengan diberi tempoh persetujuan bersama. Pegawai-pegawai dan kakitangan diberi peluang bersuara dan menunjukkan kebolehan mereka dan pihak pengurusan mengenepikan konsep “pintu terbuka ala Mao-Tse-Dong” serta mempercayai kebolehan kakitangan, bahkan kumpulan NATO (No Action Talk Only) juga diberi peluang untuk memperbaiki diri.  Penghargaan dan pengiktirafan juga diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang menjalankan tugasan dengan baik terutama “the knowledge worker”.

Oleh itu sebagai rumusan untuk memastikan kejayaan :-

 

bagi memastikan produktiviti dan kualiti di organisasi untuk terjamin bermutu, komitmen sepenuhnya hendaklah datang dari pihak pengurusan atasan;

kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kerjasama yang baik  diantara pihak atasan dan pegawai dan kakitangan bawahan secara jujur, ikhlas dan telus;

memupuk dan memastikan sebarang kerja dijalankan bersama bukan sekadar memberi arahan;

membiasakan diri dan menerima  perubahan yang telah diarahkan dan sedia menerima konsep “learning, relearning dan unlearning” disemua peringkat ;

latihan berterusan (latihan luaran/dalaman)  hendaklah diberi dan peluang ini hendaklah terbuka kepada semua dan bukan kepada segelintir pihak/kumpulan sahaja;

mengunakan Pekeliling Perkhidmatan Awam 1992  sebagai panduan;

dan lain-lain.

 Perkara penting yang perlu disedari oleh semua pihak adalah bertanya kepada diri kita sendiri dengan oalan-soalan seperti " how good are we ?; how good can we be ?; and "how do we get better"?. Dalam hal dan keadaan sebenar :the people inside the organization can give you the answer". Kita harus mempelajari banyak perkara dari dalam organisasi kita sendiri atau "learn from the source".

Adalah dicadangkan agar peluang-peluang seperti ini diberi kepada kakitangan yang berminat dan pendedahan sewajarnya harus dilaksanakan.

 

Azizi Ahmad

 

Created on 04/27/02 and last edited on 04/29/02 10:31:05 PM by Azizi@Webmaster. Copyright@2002. All Rights Reserved.