PENGENALAN
Fokus utama Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM) dan ISO 9000 adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan . Untuk itu,
falsafah TQM telah digunakan bagi memastikan
satu kaedah sistematik, berintegrasi dan kaedah penyeragaman organisasi menyeluruh yang konsisten. Dalam
konteks ini, semua sistem dan proses peningkatan berterusan telah diserapkan didalam
persekitaran pengurusan. Sehubungan itu, mengimplikasikan TQM dan ISO 9000 didalam
organisasi sektor awam, akan membolehkan tahap peningkatan produktiviti dan kualiti
perkhidmatan yang diterapkan.
Kursus ini telah dijalankan untuk membolehkan peserta-peserta yang terdiri dari pegawai-pegawai perkhidmatan awam mengamalkan konsep-konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan ISO 9000 dalam tugasan harian mereka. Peserta-peserta diharap dapat didedahkan dan menimba pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mengenai TQM dan ISO 9000 sambil berpeluang meninjau dan melawat serta mempelajari dari beberapa organisasi disekitar Malaysia.