SEBELUM ANDA MEMBACA APA SAHAJA ARTIKEL YANG DITULIS OLEH
Ancient_One, SILA BACA DAN FAHAMKAN AYAT2 DI BAWAH TERLEBIH
DAHULU.
00. Artikel yang saya tulis adalah original dan tidak dicetak
rompak dari mana-mana buku/artikel lain. Jika ada, ianya
adalah kebetulan. Pada bila-bila masa saya mengambil beberapa
bahagian daripada orang lain, saya akan beritahu dari mana
saya mendapatnya dan siapa penulisnya. Anda boleh lihat
di akhir setiap artikel, jika ada seksyen bertajuk
"RUJUKAN".
01. Setiap artikel saya akan menggunakan mixed language iaitu
BM, BI dan juga bahasa tidak rasmi kedua-duanya (bahasa
perbualan). Jadi.. sebarang masalah pemahaman adalah di
bawah tanggungan anda. Kalau anda tidak memahami atau
menyalahtafsir apa-apa perkataan ataupun ayat di dalam artikel
saya, maka ia adalah salah anda. Kalau anda 100% yakin terdapat
kesilapan di dalam mana2 bahagian artikel saya, sila kemukakan
bukti anda dan saya akan mengaku kesilapan saya dan sudah tentu
artikel tersebut juga akan dibaikpulih serta merta.
02. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan
anda selepas membaca apa-apa artikel yang ditulis oleh saya.
Kalau anda rasa nak bunuh diri lepas baca artikel saya, silakan..
tapi jangan pula katakan saya yang jadi penyebabnya.
03. Sebarang pertanyaan yang bodoh tidak akan dilayan. Anda tidak
akan tahu apakah yang dikategorikan sebagai soalan bodoh sebab
cuma saya yang boleh menentukannya. Jadi, jika anda tidak
mendapat maklumbalas dari saya, then consider soalan anda
tergolong dalam soalan bodoh :).
04. Setiap artikel yang saya tulis adalah valid untuk platform
Win32. Ada di antaranya are generic enough untuk diaplikasikan
pada semua platform.
0X. KANDUNGAN DISCLAIMERS INI KEMUNGKINAN BESAR AKAN BERUBAH
SEIRING DENGAN MASA. JADI PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN YANG
TERBARU!