PENTAKSIRAN KONSTUKTIF DALAM MATEMATIK

             Pada umumnya konstruktif dalam matematik telah lama wujud dan tidak diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Sungguhpun demikian, unsur-unsur ini tidak begitu ketara dan ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konstruktif merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuandisusun dalam minda manusia.

              Menurut fahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada seorang guru kepada seorang murid dalm bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan pembelajaran yang bermakna adalah bermula dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dalam diri seseorang pelajar.
 

           Pemeringkatan Konstruktif Dalam Matematik

                          Konstruktivisme

                          Penerokaan

                          Interaktif

                          Penyisatan

                          Penyelesaian Masalah

               Bagaimana KonstruktifDalam Matematik Dibina?

              Seseorang pelajar biasanya mempunyai idea-ideanya sendiri tentang sesuatu perkara. Idea-idea tersebut mungkin betul dan mungkin salah. Jika keadaan ini diabaikan maka idea-idea tersebut akan kekal dalam minda mereka. Oleh itu seseorang guru matematik haruslah membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru.Apabila sesuatu maklumat atau pengetahuan baru dapat dusuaikan dan diserap serta digabungkan dengan pengetahuan lama mereka, maka suatu pengetahuan baru telah dibina.Pada umumnya konstrukrif dalam matematik dapat dibina melalui pengajaran yang berpusatkan pelajar. Manakala guru bertindak sebagai faslitator dan berkebolehan merangsang pelajar dalam proses pembinaan dan pengubahsuaian sesuatu konsep.

           Ciri-ciri Utama Konstruktif Dalam Matematik
 

           Model Pengajaran Konstruktif Dalam Matematik

             Terdapat dua model pengajaran konstruktif iaitu :

Model Pengajaran Interaktif :

Model Pengajaran Berpusatkan Masalah :            Peranan Guru.

          Guru perlulah melibatkan semua pelajar untuk menjalankan aktiviti matematik secara manipulatif dan melibatkan pelbagai penyisatan dalam matematik. Guru berperanan memandu pelajar agarbelajar secara penemuan, menggalakkan mereka berfikir dan melatih mereka menyelesaikan pelbagai masalah. Dari sini jelaslah bahawa guru perlu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan membuat kaedah pentaksiran yang bersesuaian.



 


balik ke menu komponen