Setelah sekian lama akhirnya dapatlah
aku siapkan web RoyPlanet versi 1.0. Aku masih baru lagi dalam pembikinan
web ini. Sebelum ini aku ada buat web tapi tidak begitu sesuai untuk
design semasa. Sebarang sumbangan, idea dan komen membina amatlah
dihargai dari anda semua dan dari senior dalam web design. Tolong
beri tunjuk ajar ok. Aku hanya buat apa yang termampu.
Tujuan atau motif utama penghasilan
web ini ialah untuk mengisi masa lapang aku yg pada hakikatnya tak
berapa nak lapang sangat. Tujuan lain ialah untuk mewujudkan salah
satu sistem komunikasi antara member dan semua pelawat yg sudi menyokong
web ini. Disamping itu, aku turut sediakan sedikit bahan artikel dan
file yg boleh dikongsi bersama. Sesetengah bahan yg aku sediakan mungkin
jarang atau sukar didapati dari sumber lain.
Jadi aku harapkan sokongan dari semua
pihak agar terus menyokong bagi memajukan website ini. Aku akan terus
memberi komitmen yg padu agar semuanya berjalan dgn baik. Pandangan
bernas dan komen membina adalah dialukan untuk memajukan web ini.
Idea bodoh tak diterima ye, sory 2 say la. Kalau ade sebarang sumbangan
berbentuk artikel, gambar dan ape jua file yg bermanfaat amatlah dialukan.
Jangan hantar virus atau bom lak. Naya la aku cam nie. Huhu :)
Disini aku ingin mengucapkan bebanyak
terima kasih kepada mereka yg menyokong dan memberi pandangan sehingga
siapnya web yg tidak seberapa ini.
+ Bebudak umah aku kat Shah Alam ni. TTDI Jaya.
+ Member kelas DJK 6 Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Juga semua Pelajar PSA umumnya.
+ Semua pelajar2 IPT di Malaysia.
+ Memberz chat aku yg disayangi semua. Tq bebeh.
Sebenarnya semua ini bukan hasil kerja
aku semata mata. Aku hanya mengedit jerk. Aku mengambil sikap Imitate
& Improve iaitu teladani hasil kerja org dan memperbaiki menjadi
lebih baik mengikut citarasa aku sendiri. Gambar dan sesetengah design
tu aku create sendiri. Org yg expert sure leh bezakan. Kalau tak lawa
sory la. Budak engineering buat design mmg tak kene cos nye. Antara
hasil yg dicedok ialah:
+ Design full web :: www.cwd.dk
+ Design ikon :: www.jiwang.org
+ Planet Chat :: Powered By www.tag-board.com
+ Guestbook :: Powered By www.bravenet.com
+Sebahagian gambar dari internet. Mati la nak
buat semua. Aku bukan pro. Belajar sendiri je. Tapi takde la rembat
sejibik ngan diorg. Aku olah sendiri la.
Teruskan support web ini... Aku akan upgrade
pada masa akan datang... Insyaallah...